SOLD

SOLD ... Sudah dimaharkan

Salam Sejahtera, disini saya paparkan beberapa Foto saya berkenaan Hulu Gigi Ikan atau Walrus Ivory yg juga dikenali sebagai Gading Gajah Laut, bukan gajah darat.

Perbezaan antara Hulu Gading Gajah Biasa dgn Gading gajah laut boleh dilihat pada Urat bintik2 halus yg melingkari hulu tersebut dari bawah hingga keatas hulu, ia bukan kesan rekahan tetapi urat pada gading itu.

Gading gajah kebiasaan berwarna putih kekuningan, manakala walrus ivory kebiasaannya berwarna putih merah kekuningan bercampur coklat.

Jisimnya juga berbeza, hulu gading gajah lama biasanya ringan dan padu manakala hulu walrus ivory kebiasaannya berat seperti batu, amat keras dan padu.

Jarang sekali ditemui Hulu walrus Ivory yg baru kerana amat sukar sekali dizaman sekarang hendak mendapatkan gadingnya, binatang ini juga semakin hampir pupus.

Hulu Walrus Ivory biasanya lebih mahal berbanding Hulu Gading Gajah Biasa, dikatakan hanya org2 hebat yg merantau jauh sahaja pada zaman dahulu, merentasi lautan hingga ke kawasan Binatang2 walrus ini duduki utk mendapatkan gadingnya.

Anda bolehlah membuat kajian dimanakah terdapatnya binatang walrus ini.... jadi amat sukar mendapatkan gadingnya.

Valuenya amat tinggi dipasaran !!!

Sekian Waslam

SOLD !!! Sudah dijual















Buku Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu

Rahsia Pamur Keris Org Kaya Pahang Temerloh

Rahsia Pamur dan Ketandaan :

Pamur Gunungan atau Junjung darjat bermaksud peningkatan taraf kehidupan, peningkatan darjat dan pengaruh.

Pamur Air Menitik dan Embun menitik memberi maksud seakan sama iaitu keamanan , sejuk rumahtangga, keamanan sejagat, mudah rezki dan pelembut atau penunduk.

Rahsia Pamur Badik Minang Bugis atau Pisau Rembau Panjang

Rahsia Pamur dan Ketandaan :

Pamur Ganggeng Kanyut bermaksud Rezki melimpah ruah dan Kewibawaan serta pelaris Perniagaan.

Pamur Tapak Gajah atau Ha Khilaf bermaksud Darjat , kewibawaan dan kuasa atau pengaruh, selalu kedapatan pada keris raja atau pembesar istana. Ia juga membawa maksud pemasung musuh dan pengerun musuh.

Lam alif bermaksud pemasung musuh

Alur air bermaksud rezki

Gat pula bermaksud penghalang musuh

Rahsia Pamur Badik Tok Bulat

Rahsia Pamur dan Ketandaan:

Pamur Gigi Yu memberi maksud kewibawaan, pengaruh dan darjat tinggi, Rezki atau pelaris , keamanan , kebiasaan pada keris jika mempunyai pamur gigi yu adalah keris milik raja dan kerabat.

Panah Laksmana memberi maksud ketepatan sasaran dan pengerun musuh, tidak akan jatuh kebumi senjata yg mempunyai panah laksmana selagi belum terkena pada sasarannya.

Lam alif bermaksud pemasung musuh atau pengerun pada musuh juga bermaksud kewibawaan.

Gat bermaksud penghalang musuh, gat didepan bermaksud penghalang musuh dihadapan , gat dibelakang bermaksud penghalang musuh dibelakang.

Gegelang bermaksud pengunci pergerakan musuh juga bermaksud penghalang sebarang niat musuh.

Tempat Habuk Rokok Crown Ratu Elizabeth II , Bertarikh 2 June 1953

Sekadar utk paparan sahaja...



Selamat Menyambut Awal Muharram ( Maal Hijrah ) 1433 Hijriah pada 27 November 2011

Assalamualaikum W.B.T , kepada kaum Muslimin sekalian , marilah kita baca beramai2 doa ini .

Doa Akhir tahun dibaca 3 kali selepas Asar hari ini tarikh 26 November 2011 , baca pada saat akhir waktu Asar adalah lebih Afdal.

Doa Awal tahun pula dibaca selepas selesai solat Maghrib sebanyak 3 kali juga pada tarikh yg sama 26 November 2011, lebih afdal diikuti dgn tahlil dan doa tahlil sekali.

Fadhilat :

Memohon perlindungan pada Allah dari segala Malapetaka sepanjang tahun yg akan datang , memohon perlindungan juga dari Hasutan syaitan dan Konco2 nya.

Memohon Rahmat dan keampunan pada Allah sepanjang tahun sebelumnya jika kita telah melakukan sebarang Dosa dan Kesilapan.

Para2 Syaitan akan menangis berteriakan dan kesedihan setelah Umat Muhammad sekalian membaca doa ini, kerna kerja mereka selama ini sia2 belaka....

Sekian , sedikit peringatan dan Ilmu utk sesama islam.

Syiling Keluaran BNM , 1 Sen tahun 1976 ( Bronze ) Very Extremly Rare , Less than 100 Pcs

Salam, ini adalah antara Koleksi terhebat kami di Antique Maniac, iaitu Syiling 1 sen bertahun 1976 yg dibuat dari Logam Gangsa atau Bronze , mudah sahaja mengenalinya ,,, hanya test dgn magnet , ini kerana syiling 1 sen bertahun 1976 banyak dikeluarkan dari jenis Logam " Cooper Clad Steel atau keluli campuran tembaga merah " .

Didalam buku matawang 2010, syiling ini harganya amat mahal sekali sehingga mencecah ribuan ringgit dan ada juga diantara rakan2 collector yg meletakkan nilainya sehingga mencecah ke angka RM 4 ribu , apakah sbbnya ??? sebabnya ialah syiling 1 sen bertahun 1976 Gangsa ( Bronze ) hanya dikeluarkan oleh Kilang Matawang tidak lebih dari 100 keping ( Less than 100 ) , bayangkan jumlahnya terlalu kecil sekali jika dibanding dgn syiling 10 sen tahun 1971 yg jumlahnya lebih tinggi iaitu 32,236 keping, walaupun dikatakan terlalu sedikit sekali,,,,

Saksikan Video rakaman kami semasa test ujian syiling ini dgn magnet , kami letakkan syiling 1 sen tahun 1976 yg berlainan logam dan kami telah uji.

Perhatian : Syiling ini tidak berkhadam !!!

SOLD , Sudah dijual
video

Syiling 10 Sen tahun 1970 ( Unissued Coin ) tiada cetakkan atau keluaran

Pada masa sekarang , ramai yg sibuk mencari coin 10 sen tahun 1972 unissued coin, rasanya anda semua sudah maklum siapa yg mencarinya, tetapi tidak mustahil dimasa akan datang akan ramai yg mencari coin 10 sen bertahun 1970 Unissued ini, coin ini juga tiada keluaran dan tiada dicetak oleh Kilang Matawang, anehnya kami telah menemuinya sekitar 3 tahun yg lalu, ia amat sempurna dan nampak berusia lama. Kajian tentang Logamnya juga mendapati ia Cooper Nickle asli dan mengikut Gred Kilang Matawang.

Pelik dan Aneh sekali....

***Syiling dan Note ini tidak dikeluarkan oleh mana2 pengeluar syiling dan note didunia, tiada rekod ditemui setakat ini, ianya syiling atau Note misteri dan mistik yg berkaitan dgn dunia Paranormal dan Alam Ghaib Sahaja.Bukan utk kegunaan kebiasaan tetapi digunakan pihak2 tertentu sebagai Azimat atau Pelaris dagangan, serta digunakan utk tujuan ritual tertentu***


Not For Sale !!!
Not For Sale !!!
Not For Sale !!!

Note SERIBU Sign Gabenor Jaafar Hussein cuma tinggal empat keping sahaja lagi

Dari 7 keping , sekarang sudah tinggal 4 keping sahaja , lg 3 keping sudah SOLD , dibeli seorang tokey ..... sapa cepat dia dapat !!! very Limited...

Ilmu Rasa Sejati , Pengisian Energy Ghaib

Salam Semua , Disini di paparkan pada semua tentang suatu Ilmu Pengisian Ghaib yg dinamakan " Ilmu Rasa Sejati " khusus utk pengisian tenaga energy ghaib bagi Kewibawaan , Pelaris dan apa saja kegunaan seperti perubatan dan sebagainya.

Pengisian ini khusus utk Batu2 permata seperti Akik dan lainnya, senjata2 lama dan baru atau apa sahaja yg difikirkan berguna utk kegunaan tertentu.

Amalan ini hanya boleh diamalkan jika telah menerima Ijazah dari saya , boleh melalui talifon atau berjumpa terus.

Cara2 Pengisian :

Sediakan Barang dikehendaki utk pengisian tenaga ghaib , Kemudian berwuduk atau bersih diri, Duduk dgn tenang , Baca Niat dan Tujuan Pengisian Energy Ghaib kedalam barang tersebut.

Niat :

" Bismillahirrahmanirahim , Ya Allah Ya Rasullullah , Ya Allah Ya Hu Ya Man hu , Saya berniat memohon Energy dan Kekuatan Ghoib, untuk keselamatan dan kewibawaan / pelaris / perubatan ...... Bismilahitawakaltu a'lallah, Laa haulawalakuwatailla billahil a'liyila'zim." baca 1 x

Kemudian pegang barang itu dan bacakan Asma ini sebanyak 440 kali dan tiap2 kali lepas baca langsung ditiup pada barang tersebut.

Baca :

" Solawat - Allahummasolli a'la saiyidina muhamadin wa alihi wa ashabihi wasallim , Badanku Roso Jati, Sejatine Roso Manjing , Ana ing Tengah , Tengahe Ka'batullah " Baca 440 x

Sesudah selesai maka ucap syukur pada Allah.

Sekian utk kali ini , salam sejahtera dari saya, Assalamualaikum W.B.T

Berita Mistik Sensasi Terkini !!!


SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian ...‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.

Menurutnya, dia kemudian keluar ke pekarangan rumah sebelum melihat beberapa keping duit syiling bertaburan di permukaan jalan dan lantai tempat letak keretanya.

Koleksi-koleksi Badik Sumatera dari Pusaka Org Minang


Badik Minang Bugis Sumatera atau Pisau Rembau

Badik Minang Bugis Sumatera ( Pisau Rembau Panjang )

Badik berusia hampir 300 tahun dan ditemui dahulunya disebuah rumah tinggal yg hampir runtuh oleh warisnya di sekitar daerah minang diNegeri Sembilan.

Pemilik Asalnya adalah Org yg berpengaruh antara suku2 puak Minang dan Bersuku waris Darah Raja dari Sumatera.

Badik ini adalah Pusaka Org Minang dan selayaknya dipegang oleh Org yg berketurunan Minang Sahaja.

Mempunyai Saka asal dari Sumatera dipercayai Harimau Penjaga atau dipanggil Harimau Datuk oleh sesetengah Org dan Badik ini adalah sebagai akuannya, Sifat2 saka adalah Garang dan Bengis sesuai tugasnya sebagai penjaga kepada Rumahtangga dan tanaman.

Badik ini bercirikan Hulu Buah Kerdas, dgn bentuk sarung bugis minang campuran, buntut bujur sangkar adalah motif Bugis. Mata bilahnya berpamur Ganggeng Kanyut berkhasiat penyejukkan rumah tangga , pelaris dan Rezki Melimpah Ruah , berketandaan Batu lapak atau tapak gajah dipangkalnya berkhasiat kewibawaan dan Darjat juga pengerun musuh , mempunyai ketandaan huruf Lam Alif dgn Khasiat Pemasung Musuh atau Pengerun Musuh.

Panjang Mata Bilah : 12 inci
Panjang Keseluruhan : 16 inci setengah
Lebar Mata Bilah : 1 inci


Awas !!! Badik ini mempunyai Saka Harimau Minang dari Sumatera








Badik Sewar telah di Upgrade !!!!

Badik Sewar Sumatera

Coin yg tiada keluaran atau Unissued Coin yg dlm simpanan kami

Adalah mustahil ditemui syiling2 ini kerna ia tiada keluaran.

Syiling straits Settlement 1/2 cent bertarikh 1801 dgn gambar Queen Victoria dibelakangnya, juga terdapat Dot di tepi tulisan 1/2 .

Paling terawal dikeluarkan di Malaya utk coin Queen Victoria ialah pada 1845 dgn nilai 1/4 cent.... jadi bagaimana tahunnya boleh menjadi 1801 pula dan nilainya pula 1/2 cent ??? pelik juga....

Kemudian coin empat segi kecil King George V 1/4 cent bertahun 1932, pada rujukan matawang straits settlement coin king george V 1/4 cent ada dikeluarkan tetapi adalah dalam bentuk bulatan dan bukan empat segi , kemudian tahunnya pula ialah 1916 dan bukannya 1932..... amat pelik..... kerna tahun 1932 ini hanya ada dikeluarkan syiling empat segi 1/2 cent king george V . Bagaimana pula boleh wujud 1/4 cent ????

Pelik tetapi benar, koleksi2 ini ada dlm simpanan kami dan bukan utk dijual, Harap Maklum.

Not For Sale !!!
Not For Sale !!!
Not For Sale !!!



***Syiling dan Note ini tidak dikeluarkan oleh mana2 pengeluar syiling dan note didunia, tiada rekod ditemui setakat ini, ianya syiling atau Note misteri dan mistik yg berkaitan dgn dunia Paranormal dan Alam Ghaib Sahaja.Bukan utk kegunaan kebiasaan tetapi digunakan pihak2 tertentu sebagai Azimat atau Pelaris dagangan, serta digunakan utk tujuan ritual tertentu***