Keris Sajen Antik yang telah dicuci sepenuhnya



























 
Keris Sajen Antik yg telah dicuci matanya , amat tua dan lama. Buatan Empu keris ditanah jawa. Sarungnya dari kayu cenggal yg baru dibuat utk melindungi mata keris yg tajam dari terkena pada kulit.

Keris Sajen ini amat sesuai digunakan sebagai azimat penindih atau penunduk keris yg degil, kerna ianya buatan tangan Empu yg awal dan mempunyai kuasa sakti utk menundukkan keris yg baharu.

Dahulu kala Sajen kebiasaanya digunakan sebagai azimat yg dikatakan mempunyai Aura Sakti kerna ia dikatakan diperbuat menggunakan jari si empunya, atau boleh dikategorikan keris yg dilurut atau dipicit dgn jari semasa membuatnya, lazimnya sajen dilebur dari bijihan besi gunung berapi , besi meteor dan kursani.

Sarung Keris diperbuat dari kayu cenggal dan jenis tebuk dari pangkal ke hujung

Barang duit antik lama dan mistik item utk dimaharkan , ianya milik sahabat kami


 
Item-item mistik dan pelik diatas adalah milik sahabat kami yg hendak dimaharkan kepada yg berminat seberapa segera.

Antaranya ialah 
Note Sa-Puloh Asli kertas bayang agung ( Item Mistik )
Note Sa-Puloh Kulit Kijang Putih Bayang Agung ( Item Mistik )
Note 1 Dollar kerbau bajak Kijang Putih 1953 dan 1957 ( Item Mistik )
Note 5 Dollar Kerbau Bajak Kijang Putih ( Item Mistik )
Note Sa-Puloh Kijang Putih Raja Zakrin Shah ( Item Mistik )
Note RM 50 error printed agung bertindih ( Asli )
dan
Percuma Duit Sukarno bergulung 2 Pcs ( Item Mistik )

Utk maklumat lanjut sila hubungi pihak Admin kami, sekian


 Perhatian :
 ***Syiling dan Note ini tidak dikeluarkan oleh mana2 pengeluar syiling dan note didunia, tiada rekod ditemui setakat ini, ianya syiling atau Note misteri dan mistik yg berkaitan dgn dunia Paranormal dan Alam Ghaib Sahaja.Bukan utk kegunaan kebiasaan tetapi digunakan pihak2 tertentu sebagai Azimat atau Pelaris dagangan, serta digunakan utk tujuan ritual tertentu***


ON HOLD !!! 



Perhatian utk En Annuar Selangor

 
Beg keris penyalang telah siap, akan dihantar secepat mungkin, TQ

Badik-badik kesayangan telah ada baju serba kuning baldu




 
Tempahan beg pakaian senjata telah siap !!! He he...

Beberapa bilah senjata lama yg telah diperbaiki sepenuhnya , asalnya dari buruk kepada cantik, itulah hasil kerja kami






 
Sekali pandang ia adalah senjata yg cukup sempurna sifatnya, tetapi tahukah anda bahawa kami perolehi senjata2 ini yg kurang beberapa sifatnya dan kami perbaiki sepenuhnya.

Ada diantara senjata2 lama ini yg kami perolehi tidak bersarung malah ada juga yg tidak berhulu, sekali pandang hanya perlu dibuang atau dicampak sahaja, tetapi tidak bagi kami diantiquemaniac ini, yg buruk itu kami indahkan dan kami serikan sehingga terpukau mata2 peminat keris melihatnya, maka darjat keris2 ini terus meningkat naik seiring dgn nilainya juga meningkat naik.

Kami di Antique Maniac World sentiasa memelihara warisan nenek moyang sehingga terserlah kunikkannya dimata peminat barangan antik , sekian wasalam.


Wang Kertas Malaysia Siri Baharu Set Lengkap Premier dan Set Single


 
Tiga Set Lengkap Premier Wang Kertas Baharu utk dijual :
RM 1 / RM 5 / RM 10 / RM 20 / RM 50 dan RM 100
Prefix Number :  AA0020449  ( Set 1 )  - RM500
Prefix Number : AA0040017  ( Set 2 )  - RM500
                    Prefix Number : AA0040018  ( Set 3 )  - RM500 - SOLD

Harga Setiap satu set ialah : RM 500

####################################################################

Single Set:

RM 1 dan RM 5 
Prefix Number : AA0074214

RM 20
Prefix Number : AA0074512

Harga utk 2 set single : RM 100


Jika berminat Hubungi Segera !!!




For Sale : Note Seratus Sign Gabenur Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan



 

For Sale : Utk Dijual
 
Note Seratus Side Sign / Sign Tepi , First Prefix : AF - 0886025
Cetakan : Giesecke & Devrient , Keluaran : 1998-1999 
Price : RM 350

Dan

 Note Seratus Centre Sign / Sign Tengah , Second Prefix : AM - 5640109
Cetakan : De La Rue Currency International , Keluaran 1999
Price : RM 200

Total : RM 550 for 2 Pcs

SOLD / Telah Dijual !!!





Note SEPULUH sign Gabenor Tan Sri Abdul Aziz Taha




 

For Sale :
Prefix Number : F/55- 823117
Gabenur : Tan Sri Abdul Aziz b Hj Taha
Condition : EF - UNC

Price : RM 300 

(Cetakan : Thomas De La Rue & Company Limited)

SOLD / TELAH DIJUAL





Syiling Peringatan yg baru diperolehi !!!







Keris Tiga Dlm Satu Antik dan Amat tua sekali

















 
Keris ini dipanggil ( 3 dalam 1 ) kerna terdapat 3 ciri2 padanya, ia memiliki ciri2 keris Jawa, Bugis dan Sumatera.

Semasa diperolehi keris ini mempunyai sampir sahaja dan tiada memiliki batang sarung, barangkali sudah hancur atau hilang dimakan usia.

Sampir pada sarung keris ini adalah asal miliknya, perhatikan antara foto diatas , ganja keris itu adalah tepat pada lubang sampirnya.

Yg dimaksudkan dgn 3 dlm 1 itu ialah , Mata keris ini memiliki ciri2 keris jawa dan ada juga ciri2 bugis.
 Kemudian sampirnya pula memiliki ciri2 sumatera.

Terdapat kepingan logam emas diganjanya, seperti kinatah emas lagaknya.