Identiti Kod : AMW/0055/2012 - PSPDKK 0778 - Keindahan Pamur setelah dinaikkan


Keris Melayu Bugis Luk 3

Beberapa simbol pamur telah dikenal pasti 

Pamur  Gigi Yu - Baik utk Pemimpin / Pengaruh / Kekayaan / Keamanan dan Simbol Raja

Pamur Bulu Ayam - Miring - Baik utk Pemimpin / Keamanan dan Simbol Bangsawan ,
( Tergolong pemilih dan tuahnya untuk kewibawaan serta keberanian.Baik dimiliki oleh orang yang berkecimpung dibidang Militer dan Keprajuritan. )

Pamur Ganggeng Kanyut - Miring - Menjauhkan Wabak

Pamur Pangeran Welang ( Ganja ) - Miring - Menjauhkan mara Bahaya / menyukarkan musuh

Pamur Blarak - Miring - Pendidikkan dan Sosial ,
 ( Tuah utamanya menambah kewibawaan dan juga baik untuk pergaulan karena disayang orang sekelilingnya, baik pihak atasan atau bawahan. Pamor ini tergolong pemilih.)

Pamur Manggar - Mlumah - Bina kehidupan


 Begitulah Serba sedikit penterjemahan pamur dari keris ini , segala sesuatu itu datangnya dari Allah jua, Rujukkan ini sekadar ingin menambahkan ilmu tentang Rahsia Perkerisan di Nusantara ini ,  Sekian Wasalam



Pasar Tani Ampangan Seremban

 

Pasar Tani Ampangan Seremban

Setiap Hari Selasa Jam 7 Pagi - Jam 12 Tengahari

Foto : Kelihatan Tuan Haji Hashim pemilik kedai batu permata sedang melayan pelanggan






Unik sekali , Bulan berada diwaktu siang Waktu Jam 12 Tengahari



 

Melihat pada jam ditangan , Waktu menunjukkan Jam 12 Tengahari 
akan tetapi pada waktu yg sama Bulan berada ditengah langit berhampiran Matahari.

Satu Fenomena yg jarang2 berlaku

Pelik tp Benar

Kerambit / Jambiah Lama utk DiMaharkan




 

Kerambit / Jambiah Lama utk Di Maharkan
Dgn Ukiran dan Hiasan Kulit Tiram seperti mutiara
Bilah Berayat

Berminat sila Hubungi 0133188189 ( Ajie )

Tok Janggut Pahlawan Kelantan

Haji Mat Hassan (Tok Janggut)

HAJI Mat Hassan Bin Panglima Munas atau nama yang dipanggil British sebagai TOK JANGGUT merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid da
lam perjuangan mempertahankan kedaulatan Islam. Gelaran HAJI ketika itu dikenali sebagai satu fenomena! Fenomena Haji AMAT DITAKUTI oleh penjajah sehingga memaksa seorang orientalis yang tersohor, Dr. Christian Snouck Hugronje menjalankan satu penyelidikan khusus bagi mendalami amalan agama dan adat budaya masyarakat setempat(Acheh) ketika itu semasa Belanda menakluk Indonesia. Nama Tok Janggut ini sengaja dipopularkan berbanding dengan nama asal beliau kerana ia adalah SATU STRATEGI BRITISH untuk menenggelamkan atau menyembunyikan unsur-unsur jihad yang diperjuangkan oleh Tuan Haji.




Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.




Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Haji Mat Hassan pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh beliau lalu terbunuh, beliau telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.




Kebangkitan Haji Mat Hassan menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Haji Mat Hassan sebagai seorang penderhak. Pada hal Haji Mat Hassan bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Haji Mat Hassan dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan. Al-Fatihah.
# Foto bawah :  keris yang didakwanya milik Tok Janggut, pejuang terbilang yang bangkit menentang penjajah di daerah ini.

Keris Malela Luk 5 , Item Milik Sahabat utk DiMaharkan , Malela Terengganu Asli Lama







 

Jika Berminat Sila Hubungi : 0133188189 ( Ajie )

For Sale : Volvo 240 GLT " Turbo ", Tahun 1988




















 
For Sale : Volvo 240 GLT ( Turbo ) , Tahun dibuat : 1988 , Condition : Tip Top .

Air Cond Ok , Tayar Empat2 Baru , Cat Baru , Radiator Baru , Break Pump Baru, Bateri Baru , Relay system Baru , Cable2 baru , Lapik atap belah dalam baru dan ori, Host petrol depan sampai belakang baru , Long sharf baru , Kereta amat kemas dan cantik seperti baru , Milik sahabat ku utk dijual kerna beliau nak beli 4WD , kereta banyak sangat tak der tempat nak park , Nak letgo RM 7,888 sahaja , JPJ dan Puspakom diuruskan buyer , No Need Repair , Bayar dan terus meluncur atas jalan sahaja, Sapa cepat dia dapat !!!! 
 
Call/Sms : 0133188189 ( ajie ) utk sebarang pertanyaan , Lokasi kereta di seremban Negeri Sembilan . Plat Cantik : W?? 8877
 
Volvo Antik Serupa Baru Buktinya Lihat Foto2 diatas