Koleksi Peribadi








 
Koleksi Peribadi Tahun 2012
Koleksi Tahun2 sebelumnya tidak dimasukkan,Tq

 Nilaian Amat Tinggi

Keris Luk 9 Kalimah telah dicuci , sudah ramai yg bertanya keris nie , jadi rebutan juga yerrr





 
Keris Abjad / Kalimah  sudah di cuci , setakat ini sudah ramai peminat yg bertanya
Ayat itu ditempa dari logam perak 


Nilaian Amat Tinggi


Keris Melayu Luk 9 Kalimah / Abjad berhulu gading







 

Keris Melayu Luk 9 ( Kalimah / Abjad ) berhulu gading Sumatera

Jarang2 ditemui keris lama yg mempunyai mata bilah berkinatah abjad atau kalimah ini

Keadaan keris seperti asal, belum dicuci lagi

Nilaian Amat Tinggi


Terbaru di Upload, Benet Handsome ... sudah dibaik pulih... mata belum cuci lg...





 

Senjata Lama Benet

Panjang Mata Bilahnya 15 inci setengah

Mata masih mantap dan handsome

Sarung dan hulu kayu

Badik Pak Wan Harimau , ada saka harimau


 
Badik Antik Milik Pak Wan Rimau yg menjadi akuan saka Harimau beliau. Sedang Mencari Waris utk mengambil saka Harimau Jadian. Yg betul2 serius sahaja layak, sbb amat sukar menjaganya terutama setiap malam jumaat perlu di asap, dijilat dan di berimakan harimau ini. Jadi fikir2 panjang sebelum nak menebus badik ini. Harap Maklum

SOLD

Koleksi2 Pending / Bengkong dan Kain Songket Lama



 
Salam , Jika berminat sila hubungi pihak kami, T.Kasih

Keindahan Ukiran yg amat Halus pada Hulu Serindit






 
Dihasilkan Oleh Tukang Seberang yg memang mahir dan mantap sekali. Boleh didapati dlm bentuk bahan Kayu , Tanduk , Gading dan Perak, Manakala emas jarang2 banget ditemui lagipun harganya mahal gitu.



Sekadar Coretan cerita yg tak perlu dibuat kajian, Kisah tentangan Tamingsari

Al Kisah Bahawa diberitakan dari seberang dan dari alam sebelah sana, bahawa trah keturunan mpu pembuat Tamingsari telah tamat dari pertapaannya, pesanan moyangnya harus dilaksanakan kerna adanya " Perjanjian ". Perlaksanaan telah dilakukan seawal 5 tahun yg lalu sebenarnya, secara rahsia dan sulit , hanya diketahui connection2 tertentu yg melibatkan keturunan mpu ini dgn beberapa guru silat atau pawang di tanah semenanjung.

Maka Alkisahnya bermula disini :
       "  Ketika Tuah dan Tamingsari menjadi buruan oleh pihak Portugis, salah satu jalan ialah melenyapkan bahan buktinya serta pemiliknya tanpa dimusnahkan atau dimatikan. Harus bagaimanakah caranya, maka ketika itu berbagai cerdik pandai telah dipanggil utk memberitakan kesudahannya. Terus seorang cerdik pandai dari kalangan org bangsawan juga telah memberikan idea yg boleh diguna pakai. Makanya Barangnya keris Tamingsari ini harus diceraikan bilahnya supaya tidak mengenal akan musuhnya, tetapi tidak harus di musnahkan atau dibuang. Walau sesudah diceraikan ia tetap mempunyai magnet antara satu sama lain kerna ia berasal dari badan yg sama.
          Diberitakan pula bahawa seramai 15 org tukang keris atau mpu telah dipergunakan kelebihan mereka utk menceraikan badan tamingsari ini, namun gagal dan menemui jalan buntu. seketika Si Tuah sendiri memberi cadangan agar dipanggil Mpu yg asal dari tanah jawa, maka utusan dihantar ketanah jawa. selang bebrapa ketika Mpu itu sampai juga ketanah melayu dijemput Raja. Dipegangnya Tamingsari dengan penuh rasa rindu kerna ia adalah hasil kerja tangannya sendiri menghasilkan sebilah keris sakti yg tiada tandingan. Hanya dgn menggunakan tangan sahaja tanpa apa2 alatan, tamingsari dipisahkan menjadi kepada empat bahagian, mewakili empat penjuru kaabah dan empat penjuru alam serta empat penjuru Utara , Selatan , Timur dan Barat. Makanya setiap satu bahagian dijadikan objek tertentu yg dirahsiakan yg pastinya ia bukan keris. Logam Asal keris tamingsari dijadikan kepada empat bahagian logam berbentuk objek tertentu, maka dipisahkan buat seketika setiap objek itu dan satu dipegang raja, dua dipegang laksamana tuah, tiga dipegang empu dan empat diletakkan di puncak gunung ledang.
         Diberitakan bahawa pemiliknya harus menepati syarat ditetapkan mpu sebelum keris dipisahkan, bahawa si Tuah harus di ghaibkan ke alam sebelah buat seketika sehingga bertemunya keempat2 logam itu diwaktu dan ketika tertentu. Setelah ditemukan keempat2 logam itu menjadi satu badan maka barulah dibenarkan Si Tuah muncul semula menuntut janji, bermaksud Si Tuah tidak mati dan dia duduk beristirehat sementara dialam sebelah sepertinya Nabi Isa A.S yg Diangkat kelangit dan akan turun pada hari penghujung kelak. Cuma hanya motifnya tidak diketahui apa sebenarnya helah atau rahsia disebalik berlakunya perkara ini.
        Diberitakan bahawa telah sampai serunya kepada waris keturunan Mpu ini utk menemukan semula logam2 keris yg dibahagikan empat tersebut. Dua Logam diberitakan sudah ada , iaitu satu logam mewakili keturunan Mpu yg diwariskan turun temurun sehingga kewaris yg sekarang, satu lagi Logam yg disimpan di Gunung Ledang. Hanya dua logam lagi yg belum diketemukan iaitu logam yg asalnya dipegang Raja yg asal dan Logam yg dipegang SiTuah. Maka diberitakan serba sedikit bahawa logam yg asalnya ditangan raja telah bertukar tangan kepada waris2 kerabatnya tetapi mereka tidak mengetahui yg itu logam asalnya tamingsari, harus dimanakah ia sekarang ??? Masih dalam pengesanan dan pencarian kerna amat sukar mengenalinya, hanya waris Mpu sahaja yg mengetahui rupa2 objek tersebut kerna ia wasiat keturunannya. Tidak mahu tidak harus dilaksanakan kerna ia " Perjanjian ".
         Maka dimanakah pula letaknya Logam yg dipegang Laksmana Tun Tuah ??? Adakah dibawanya bersama kealam sebelah atau di sembunyikan oleh beliau di dunia ini atau diserah pada sesiapa, tiada diketahui.... yg pastinya sampai bila pun pemburunya iaitu Pihak Portugis tidak akan dapat mengesannya kerna ia telah diceraikan.
         Maka terakhir diberitakan , bahawa setelah empat logam ini disatukan maka dihasilkan semula sebilah senjata, tidak pasti samaada keris ataupun pedang, maka diwaktu perjanjian telah tamat , maka diketuk pintu pustaka ilmunya si tuah agar kembali kedunia asalnya. Tidak pasti pula bila dan ketikannya waktu itu, yg pastinya pada waktu itu org Melayu sangat memerlukan seseorang seperti Laksmana Tun Tuah dan senjata Sakti beliau, Didalam kitab juga ada dinyatakan bahawa pada satu ketika nanti segala senjata moden sekarang tidak akan berguna lagi , makanya segala senjata2 seperti keris, pedang dan seangkatannya akan digunakan semula utk menegakkan islam di Bumi Allah ini pada akhir waktunya... Simpanlah senjata2 kamu utk waris2 kamu kelak agar ia memberi manfaat kepada Islam dan Umatnya kelak di Akhir Zaman .....Wallahua'lam....
       
        Sekadar Info Coretan dari Alam Sebelah , Wasalam

Keris Malela Terengganu , berpakaian lengkap ciri2 terengganu, berhulu Gading Ayam Teleng Terengganu



 

Koleksi Peribadi Sahaja







Segak dan Bergaya dgn Gaya Terengganu Warisan Megat Panji Alam