Identiti Kod : AMW/0064/2013 - PSPDKK 0778 - Pedang Melayu ( Pendek ) Pakaian Ketua Panglima Perang















( SOLD - Telah Dimaharkan )

Identiti Kod : AMW/0064/2013 - PSPDKK 0778
Species Pedang Melayu yg jarang2 ditemui , jenis pendek
kebiasaan pedang sebegini ditempa panjang 
mempunyai tempaan kalimah ditengah bilahnya 

Sama seperti Pedang Pendek milik Ketua Tentera Jepun yg dipanggil " Harakiri "
Begitu jugalah dgn pedang pendek milik ketua panglima perang ini

Ia seperti satu Pakaian Khas 

Pedang ini telah discan dan mempunyai Energy bisa yg kuat berkemungkinan ia dimasukkan ayat pembisa pada masa lalu

  Pedang ini tidak boleh dimahar sembarangan melainkan seseorang itu tahu akan cara mengendalikannya atau cara menggunakannya

Lilitan kain kuning dan merah itu merupakan Azimat yg memang dipakaikan khas utk pedang ini 

( SOLD - Telah Dimaharkan )
 ( SOLD - Telah Dimaharkan )
( SOLD - Telah Dimaharkan )
 

 
 

Identiti Kod : AMW/0063/2013 - PSPDKK 0778 - Badik Bugis pisau rembau berketandaan











( SOLD - Telah Dimaharkan )
( SOLD - Telah Dimaharkan )
 ( SOLD - Telah Dimaharkan )
Setelah undian kami lakukan secara rawak , Badik ini ramai sekali peminatnya 
Ia menjadi buruan bg peminat badik bugis berketandaan

Ketandaan yg dimaksudkan itu ialah :
-Pamur Pucuk Rebung Raja Abala Raja
-Pamur Batu lapak 
-Pamur Butir Beras
-Gat
 
Sekian, Wasalam

Sorotan dari komen2 individu tertentu tentang keputusan Pertandingan Keris di Selangor tempohari

KENYATAAN BALAS DARI PURBA SELANGOR BERKAITAN KOMEN-KOMEN PERTANDINGAN KERIS NUSANTARA PADA 22/12/2012.

Adalah dengan ini PURBA Selangor merasa terpanggil untuk membuat kenyataan balas terhadap beberapa kenyataan oleh segelintir peminat keris pada pertandingan keris nusantara yang lalu :-

1. PURBA Selangor agak kesal dengan sesetengah pihak yang cuba membuat kenyataan dan komen-komen liar terhadap hakim-hakim dan keris-keris yang dipertandingkan. Penghakiman mempunyai jawatan kuasanya yang terdiri dari Pengerusi pertandingan, Ketua hakim dan hakim-hakim, penghakiman dibuat secara kolektif dan ianya adalah tanggungjawab pihak penganjur. Pihak luar tidak perlu ambil peduli tentang urusan penghakiman kerana itu adalah urusan dalaman dan semua keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad seperti yang dinyatakan pada borang penyertaan iaitu : PIHAK PENGANJUR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DIATAS PEMILIHAN KATEGORI SENJATA YANG DIPERTANDINGKAN DAN IA TERPULANG KEPADA PESERTA UNTUK MENENTUKANNYA - KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD.

2. Untuk makluman semua peminat senjata, pertandingan yang diadakan tempohari bukanlah pertandingan kerawang atau belalai gajah tetapi adalah pertandingan keris. Diharap semua peminat senjata lebih peka dan tahu beza perkataan kerawang, belalai gajah dengan keris, jika memang tidak faham dengan istilah berikut pihak PURBA Selangor sedia membantu untuk menerangkannya. PURBA Selangor agak terkilan bila mana keris-keris yang dipertandingkan dinilai di luar pertandingan oleh segelintir peminat keris, diharap kita lebih peka dengan perasaan tuan empunya keris dan janganlah hanya mencari keburukan dan kesilapan keris orang kerana dengan cara seperti ini akan menimbulkan banyak tanggapan negatif. Pandanglah dari sudut yang positif supaya ianya dapat menjadi sempadan dan membawa ke arah kebaikan.

3. Senjata dalam pertandingan tidak boleh dinilai secara penilaian peribadi, penghakiman dan penilaian dibuat mengikut skima yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Oleh itu PURBA Selangor amat berharap janganlah ada komen-komen atau tuduhan-tuduhan negatif dilemparkan terhadap para hakim kerana hakim-hakim menjalankan tugas penghakiman dan penilaian mengikut skima yang telah disediakan oleh pihak penganjur. PURBA Selangor amat mengalu-alukan sebarang komen yang membina dan positif dari semua warga peminat senjata tetapi bukanlah komen-komen yang bersifat serangan peribadi supaya pertandingan yang lebih baik akan boleh dianjurkan pada masa akan datang.

4. Pada pemerhatian PURBA Selangor, pihak-pihak yang banyak membuat kenyataan dan komen terhadap penghakiman pertandingan baik di Kelantan, Terengganu dan Selangor adalah kumpulan yang sama. Jadi PURBA Selangor amat berharap semua peminat senjata dan orang ramai dapat membuat penilaian sendiri terhadap keikhlasan seseorang dalam memartabatkan budaya perkerisan di Malaysia. Yang amat dikesalkan ada segelintir peminat keris yang tidak hadir pada hari pertandingan tersebut turut memberi komen-komen negatif yang dilihat seperti mahu menyalahkan sesetengah pihak tanpa ada usul dan periksa.

* SAYUGIA DIINGATKAN BAHAWA PERTANDINGAN INI DIANJURKAN ADALAH DEMI UNTUK MEMERTABATKAN WARISAN BANGSA DAN UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DIANTARA PEMINAT KERIS KHUSUSNYA DAN PEMINAT BUDAYA WARISAN MELAYU AMNYA. SEKIRANYA TERDAPAT KOMEN-KOMEN POSITIF DAN MEMBINA AKAN KAMI PERTIMBANGKAN UNTUK PROGRAM AKAN DATANG.

Keris Sundang Lama telah dicuci bilahnya




Lihat perbezaan dua foto diatas dan dua foto dibawah
Sebelum dan selepas dicuci bilahnya
Harap Maklum

Pesanan kepada peminat barang mistik dan Wang/Coin Misteri ( unissued )

Salam, sejahtera

Disini kami bagi pihak Antiquemaniacworld ingin memberi pesanan dan ingatan kepada peminat barang2 mistik dan wang/coin misteri ( unissued ) bahawa segala hal berkaitan barang2 tersebut telah pun dimaklumkan sebelum ini dan masih ada terdapat di bahagian tepi blog ini .

Walaubagaimanapun masih ada yg tidak faham dgn apa yg diterangkan seperti contoh , barangan mistik yg selalu dicari peminat barang mistik 10 sen tahun 1972 dan 50 sen tahun 76 tepi belah, Kami telah menerangkan secara detail yg item ini adalah " Unissued " atau " tiada dikeluarkan oleh BNM " ... akan tetapi masih ramai yg bertanya dan ingin membelinya serta mencarinya samada utk tujuan " Tarik Duit " , perubatan atau sebagai Koleksi Peribadi , Kami di Antique Maniac World hanya memberi pendedahan kepada Umum tentang Kajian yg telah kami lakukan sebelum ini , kesemuanya kami telah terangkan disudut bahagian tepi blog ini , Jadi kepada yg ( Taksub ) atau masih mencari item tersebut sila baca dahulu penerangan yg telah kami berikan sebelum anda ingin menebusnya dari kami atau melalui seseorang yg kami rekmenkan kerana kami tidak mahu ada sesuatu kemusykilan atau " Cerita2 yg kurang enak " yg akan muncul dikemudian hari atas sbb kelalaian sendiri yg tidak mahu membaca terlebih dahulu akan silsilah , kisah atau kewujudan sesuatu barangan mistik itu.

Harus diingat , bahawa barangan yg dikategorikan sebagai barangan Mistik adalah tidak sama dgn barangan item kebiasaan ( Yg tidak Mistik ) , ianya adalah terhad dan kewujudannya dianggap misteri serta mempunyai kegunaan tertentu bg yg memahaminya dan sudah pasti bukan semua org yg memahaminya , kerna yg tidak faham akan membuat andaian sesuka hati tanpa memikirkan bahawa pengetahuannya dlm dunia mistik masih cetek dan mungkin tak tahu langsung .

Kewujudan Item mistik di dunia maya ini sekaligus memberikan tamparan hebat kepada yg berfikiran secara logik akal, kerna itu tidak harus mencampuri urusan yg anda sendiri tidak ketahuinya.

Setiap Kajian yg kami lakukan bukan wujud secara tiba2 , ianya berpunca dari kewujudan barang2 misteri yg senantiasa dicari org sedangkan telah disahkan ianya tiada wujud, persoalannya mana mungkin sesuatu itu tidak wujud sedangkan beribu manusia mencarinya .... Fikirkan dan renungkan...

" Kenapa mencari sesuatu yg telah disahkan tiada wujud secara Umum , sebagai contoh tiada dikeluarkan atau dicetak , tetapi masih mencarinya , Adakah mungkin org mencari sesuatu yg tiada wujud ? Jika ia tiada wujud kenapa pula ia dicari ? "

Item itu kami paparkan setelah kami menemuinya, dan kami juga membuat kajian tentangnya , maklumat yg kami salurkan juga adalah berdasarkan kajian yg telah kami lakukan 

Jika item itu disahkan sebagai tiada keluaran atau Unissued , maka kami tetap memberitahu akan kebenarannya , jika item itu mempunyai kisah2 misteri maka kami juga akan paparkan kisahnya melalui kajian kami terhadap pemilik asal item tersebut atau melalui info2 dari org perseorangan yg mahir dgn item mistik 

Walaupun kami telah paparkan didada Blog kami yg item itu tiada dikeluarkan atau Unissued tetapi tetap masih ramai yg mencarinya kerna masing2 mempunyai hujah tersendiri , ada yg mengatakan ia dikeluarkan tetapi tiada disenarai dan sebagainya maka itu pendapat masing2 yg kami hormati.

Misteri atau Mistik bermaksud sesuatu yg Pelik , Aneh , tidak masuk akal , tidak logik , tiada dapat dihurai dgn akal , menjadi tanda tanya dan sebagainya yg berkaitan sedangkan ianya Betul dan Wujud.

 Baca Kisah ini .....

 Asal usul perkataan Khurafat .....

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu keluarganya bertemu dengan Nabi s.a.w menceritakan kehilangan Khurafah.
Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya. Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.
Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya."
Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.
Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi s.a.w, maka ramai sahabat mempertikaikannya. Maka Nabi s.a.w menyebut (maksudnya), "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul."

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Tetapi asalnya adalah cerita benar orang yang bernama Khurafah.


 "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul." - Al Hadis

Oleh itu jangan memandai2 sesuatu yg anda tiada pandai dlm bidangnya kerna kelak mungkin anda akan ditertawakan oleh yg ahlinya, bukan bermaksud kami pandai tetapi sekurang2nya kami ada membuat kajian berdasarkan Bukti2 wujud sesuatu misteri yg kami temui.

Sekian , Wasalam
Admin   


Terbaru : utk tahun 2013 , Sebilah sundang lama dipaparkan



Bilah sundang yg amat tua dan masih berkarat lagi
Usia dianggarkan hampir 600 tahun
Pusaka org Rembau yg ditebus

Akan dicuci kelak bilahnya


Identiti Kod : AMW/0063/2013 - PSPDKK 0778 - Item Badik Bugis / pisau Rembau telah dicuci sepenuhnya















Identiti Kod : AMW/0063/2013 - PSPDKK 0778

Badik Bugis / Pisau Rembau

Mata Bilah telah dibersihkan sepenuhnya , Pemuliharaan yg sepatutnya dilakukan utk menjaga Warisan Melayu

Mata bilah lama yg masih tegap dan utuh

Berpamur Batu Lapak / Junjung Darjat Raja Abala
Butir Padi di belakang mata 

Baja Gantung juga masih tegap dan Utuh

Koleksi yg bernilai tinggi

Khasiat menurut Pamurnya adalah utk kewibawaan, pengaruh,
Rezki dan Peningkatan Darjat Hidup

Amat sukar utk memperolehi badik lama seperti ini dgn bilah yg masih utuh dan tegap

 ( SOLD - Telah Dimaharkan )