Terbaru : Note 1 Dollar Kerbau Bajak dgn 13 logo negeri dibelakangnya.




Maklumat 1 Dollar Kerbau Bajak 13 logo negeri :


Very Rare Species , Condition amat baik 'VF', nipis , watermark kepala harimau, asli dan tulen.

Prefix Number dirahsiakan, utk mengelak sebarang peniruan.... sekian Harap Maklum...

Tiada dipasaran !!! Not Issued Money
Hanya utk koleksi peribadi sahaja.

Hanya ada sekeping sahaja dlm simpanan saya.

Value : ( RM 7,000 - RM 15,000 )

Perhatian :

***Syiling dan Note ini tidak dikeluarkan oleh mana2 pengeluar syiling dan note didunia, tiada rekod ditemui setakat ini, ianya syiling atau Note misteri dan mistik yg berkaitan dgn dunia Paranormal dan Alam Ghaib Sahaja.Bukan utk kegunaan kebiasaan tetapi digunakan pihak2 tertentu sebagai Azimat atau Pelaris dagangan, serta digunakan utk tujuan ritual tertentu***




Note Replacement utk RM 10 sign Zeti

Kod : ZA , ZB , ZC , ZD dan ZE

Makluman Utk semua rakan2 blog saya....

Kepada rakan2 blog yg dihormati sekalian, saya telah membuat update pada blog saya yg mana semua koleksi yg telah dimaharkan ataupun yg telah lama diuploadkan telah saya padamkan dari paparan ini.... kerna utk mengelakkan sebarang gangguan utk urusan barang2 sy, ini kerana masih ada yg bertanya pada saya tentang barang yg telah pun saya maharkan walaupun saya telah meletakkan tanda ' SOLD' ataupun 'telah dimaharkan' pada barang tersebut... saya akan memaparkan lebih banyak lagi barang2 koleksi saya yg masih tersimpan rapi utk tatapan semua rakan2 blog.... sekian harap maklum....Terima Kasih...

Frame lama dari Kota Mekah yg memaparkan wajah2 para sahabat Nabi Muhammad yg empat....pelik tp benar....misteri

Mengikut aturan dlm islam adalah dilarang sama sekali mengambarkan atau melukiskan wajah2 para sahabat Nabi Muhammad dan Wajah Nabi itu sendiri....akan tetapi frame ini adalah barang lama yg sy temui dirumah seorang guru agama, beliau sudah menyimpannya lebih dari 45 tahun...dan diperolehi di Kota mekah...Wallahua'lam

Fosil Awet Cicak Tokek berkepala dua dan ekor bercabang, hanya satu dimalaysia....Amat Unik dan Mistik sekali....


Permata Delima Puteri Ratna Sari dan Zamrud Raja Sulaiman


Cincin Besi Kuning dgn Permata Besi Bintang " Meteor" mengandungi Uranium Beradiasi tinggi...

Cincin Besi kuning dgn permata Besi Bintang " Meteor " , dlm bulatan itu ialah logam uranium, keunikkannya setelah ditest, ia mampu memberi kekebalan pada diri seseorang dlm keadaan tertentu, barang ini beradiasi tinggi, jika seseorang yg sifatnya pemarah memakai cincin ini maka hilang sifat marahnya disedut cincin ini dan jika seseorang yg tidak pemarah atau penakut memakai cincin ini maka dia menjadi berani dan pemarah pula, terbalik pulakk jadinya...cincin ini sy tebus dari seorang pakcik yg mengatakan ia adalah pakaian org dulu2 ketika hendak bertempur... Wallahua'lam

Notis : Sy Demam hampir seminggu selepas memakai cincin ini selama 3 hari , hanya badan yg mempunyai tahap ketahanan yg tinggi mampu memakainya...

Pusaka Negeri Ku..... Very Rare ....



Ruby Burma-Delima Burma

Jika berminat hubungi sy segera, harga boleh dirunding... jgn lambat nanti melepas... he he

Blue Saphire Ceylon - Nilam sri lanka dgn sijil pengiktirafan

Sesuai utk pakaian kemajlis2 tertentu, pakaian yg melambangkan kemewahan dan status.. molek dijari...anggun berseri... tampak berbudi...

Geliga Embun daun pisang........ Mistik Item !!!!!!









Ditemui di celah daun pokok pisang..... mungkin ia bercampur dgn getah pisang kot.... tp memang unik..... yg kecil tu boleh berubah2 warnanya... sekejap putih jernih,sekejap biru, sekejap hijau... pelik juga dgn sifat2 fizikalnya... sy belum lg membuat kajian terperinci... setakat ini kandungan aslinya ialah air shj dan tidak ditemui unsur2 getah pisang... apabila diletak didalam air ia akan melantun2 dari dasar ke permukaan dan tidak kelihatan sejurus direndam dlm masa 10 saat shj... ia menjadi lembut didalam air tetapi tidak pecah dan masih dlm keadaan asalnya...

Cuba lihat betul2 .... apa yg tak kena ngan duit nie ???

Salam, kali ini sy paparkan foto sekeping note asli yg ada dlm simpanan sy ( Not for sale ) dan cuma ingin berkongsi pengalaman dan ilmu sahaja.

Lihat betul2, apa yg tidak kena disini, ia mungkin mengundang masalah kepada org2 buta yg kehairanan dgn tanda Braile itu...

Dari dua titik menjadi ke lima titik... naya punya kes nie...

Ini kemungkinan kesilapan semasa percetakkannya, biasalah mesin pun buat silap jugak...

Error Printing Note RM 50 sign Zeti

Salam, dlm koleksi sy ada sekeping ini shj yg jenis mcm nie, ianya note asli dan tersalah cetakkan menjadi berdouble gambar agungnya, nasib baik watermark agungnya satu sahaja, kalau berdouble jugak tak tahu apa nak dikata... he he