Kategori Keris bernilai tinggi yg boleh dijadikan koleksi







 
Koleksi Dua Bilah Keris yg hendak dimaharkan , jika berminat sila hubungi kami dgn segera sebelum tawaran ini ditutup ( Not For Sale )

Malela Tok Chu Antik - SOLD


Keris Malela Tok Chu Cherita Patani Antik - SOLD













 
Keris Malela Tok Chu Antik Jenis Cherita Patani.

Mata Bilah Antik telah dicuci, Hulu dan pendokok Antik.
Sarung dibuat baru dari kayu bermutu tinggi.

Anggaran Nilai : RM 3,500.00

SOLD / Telah Dimaharkan



Keris Anak Alang Guling Minang Sumatera









 
Keris Anak Alang Guling Minang dari Sumatera.

 Ukuran Mata Bilah sekitar 10 inci sahaja
Species yg jarang ditemui
Hulu Gading dan Pendokok Perak Celup Emas Antik
Mata bilah jenis tebal juga dipanggil anak alang bunting
Nilaian Amat Tinggi

Anggaran Nilai utk Sebilah Anak Alang Guling ini ialah 

RM 5,500.00



Akan Datang !!! Kemunculan Keris Anak Alang Minang Pendek dgn besi selit







 
Keris Pusaka Orang Minang Sumatera, Keris Sisip Di Pinggang

Keris Penghulu Bugis Antik , telah diperkemaskan sepenuhnya






























 
Keris Bugis Antik milik Penghulu Bugis, telah dicuci matanya dan diperkemaskan sarung dan hulunya agar kelihatan cantik berseri seperti asalnya.

Keris ini dikategorikan sebagai keris berdarjat atau berkedudukan tinggi , dipegang org berpangkat dalam masyarakat. Hiasannya dari perak lama yg telah digilap seperti baru berkilat dan berseri.

Bahagian yg retak juga sudah dikemaskan , kelihatanya seperti sebilah keris baru walaupun pada asalnya ia bukan seperti sekarang rupanya.

Itulah hasil kerja tangan seorang collector atau pengumpul keris yg senantiasa menjaga Warisan Bangsa agar tidak luput ditelan zaman, moga menjadi inspirasi kepada golongan muda utk senantiasa menjaga Pusaka Warisan Nenek Moyang kita supaya dapat dilihat oleh anak cucu kita nanti, Sekian , Wasalam.

Keistimewaan pada keris ini :
Terdapat Miang Perak , Emas dan Miang Berlian pada mata bilahnya.
Pendokok pada hulunya adalah bersalut Emas.
Puting atau Pesi keris jenis berpusar.