Keunikkan Geliga Embun dan Buntat Embun Asli yg jernih serta mempunyai pelbagai Khasiat dialam perubatan dan Alam persilatan



Dikatakan bahawa Pahlawan Mat kilau meletakkan sebutir geliga embun dikaki kanan dan sebutir lg dikaki kiri , yg mana semasa beliau bertapa memperolehi geliga tersebut

Khasiatnya semasa beliau dicari penjajah maka tiada meninggalkan bekas jejak , tiada dapat dilihat musuh dan senantiasa selamat dlm persembunyian beliau 

itulah serba sedikit kisah mengenai Geliga Embun

Matawang Syiling Malaysia ( Parlimen ) yg tiada keluaran




Sebahagian antara koleksi misteri dan mistik yg tiada keluaran telah kami temui

antaranya syiling 50 sen bertahun 1970 , 1972 dan 1974

Ia bukan mudah utk ditemui

Keris Ajian Perubatan dan Kepunyaan Seorang Pawang ( Wak Deris Jiboi ) yg berjaya ditebus , Keris Lama dan pakaian beliau semasa merawat dan menjalankan kerja2 Pawang selama lebih 30 tahun , beliau mengatakan keris ini diperolehi secara Ghaib , Wallahua'lam






Keris Lama Sisip 
Ukuran Keseluruhan 10 Inci
Berhulu perak lama yg telah dibersihkan
mata bilah masih berkarat lg kerna disuruh jgn mencucinya oleh pawang tersebut maka admin tiada mencucinya

Ciri2 mata bilah , ada berpamur , bertulang , ada picitan jari dipangkal , berganjar iras

ia seakan seperti keris sajen tetapi putingnya tirus dan bukan berkepala org seperti biasa


Perbezaan antara Buntat , Geliga dan Mustika

Perbezaan antara Buntat , Geliga dan Mustika

Buntat - Sejenis atau beberapa jenis barangan yg dianggap ada khasiat atau keistimewaan tersendiri , yg kejadiannya dari sesuatu yg wujud dialam dunia kemudian menjadi seperti fossil atau mengeras atau mati dan mewujudkan sesuatu bentuk atau rupa seperti bermata , bercorak , berseni serta dianggap sebagai penawar

contoh :
seperti buntat kelapa yg berasal dari tombong kelapa , buntat siput dari siput , buntat delima dari buah delima , Buntat Embun dari air embun

Geliga - Sejenis atau beberapa jenis barangan Mistik dan misteri kewujudannya secara diluar pemikiran manusia atau pemahaman manusia sejagat , ketidak logikkan wujudnya barangan seperti Geliga ini menjadi topik perbicaraan segelintir Manusia kerna keanehannya , kewujudannya yg jarang2 dapat dilihat secara zahir kelahirannya , barangan yg dikatakan mempunyai energy tertentu , kekuatan tertentu pada tahap tertentu , sememangnya Geliga adalah barangan yg perlu dijaga dgn rapi serta mempunyai kaitan dgn mahkluk halus atau penjaga2 tertentu

Contoh :
seperti Geliga Lipan yg dibawa lipan , Geliga Embun yg keras , Geliga Obor-obor yg dibawa obor2 , Geliga Cendrawasih yg dibawa burung cendrawasih

Mustika - Sejenis atau beberapa jenis barangan pendua yang wujud dari Buntat atau Geliga , adakalanya ia menyatu dlm beberapa jenis didalam satu barangan , Mustika juga dikaitkan dgn khasiat serta energy tertentu yg wujud dari barangan tersebut

Contoh :

Mustika Delima yg wujud dari buntat delima , Mustika Obor2 yg wujud dari Geliga Obor2

Begitulah serba sedikit perbezaan antara Buntat , Geliga dan Mustika

Syiling Rare : 50 sen bertahun 1970 - Unissued Coin






Salah satu Koleksi yg jarang2 dipertontonkan
Syiling 50 sen bertahun 1970
Tiada percetakan oleh BNM

Ia Item misteri dan Mistik
Nilaian Amat Tinggi

( SOLD / Telah Dimaharkan )

Koleksi Aked kaabah berkhodam


Aked Kaabah berkhasiat 1001 macam khasiatnya
Kalung aked ini adalah kalung lama

Bernilai puluhan ribu

Kalung Aked kalimah berkhodam


Kalung Aked Kalimah

Kalung diperbuat dari perak
Permata Aked berkhodam yg telah diisimkan dgn Yasin 41
berkhasiat sebagai pendinding sihir dan aniaya org
sebagai pelaris niaga dan penyeri wajah

Maharnya sila berhubung terus dgn admin

Pelbagai permata asli utk tatapan sahabat




Permata Zamrud Colombia dan Delima Burma asli

Paruh Enggang Asli



Paruh Enggang Asli

Dikatakan berkhasiat sebagai penawar bisa, penawar demam panas, penawar racun, buang angin, penguat semangat, kuat pedoman didalam hutan

Maharnya : RM 2,500

Geraham Gajah Hutan utk dibuat Cincin




Geraham Gajah Hutan

Khasiatnya lebih kepada perubatan sebagai penyejuk badan, angin ahmar, sakit sendi, gastrik dan lemah tenaga batin

Maharnya : RM 500 utk geraham shj


Coin 20 sen tahun 2003, Tiada dicetak oleh BNM , item mistik yg amat rare ( SOLD )



Syiling 20 sen Tahun 2003 
( SOLD / Telah Dimaharkan )

Berbagai Koleksi Kitab Istanbul milik Antique Maniac World , Setiap satunya berlainan sifat




Antara Koleksi2 Kitab Istanbul

Kitab Istanbul 33 ( Muka surat lipatan )Ayat sebaris dan dua baris
Kitab Istanbul 33 Bucu Lipatan ( Terpanjang sekali ) Ayat sebaris
Kitab Istanbul Wafak

Kitab Istanbul Paling terpanjang , kiraan bucu lipatan berjumlah 33 bucu lipatan , Kitab Lama yg diperbuat dari kulit kijang putih asli












Rare Item 
Paling sukar ditemui

 Kitab istanbul 33 muka surat jika dikira dari bucu ia menjadi 16 bucu lipatan , manakala kitab istanbul 33 bucu lipatan jika dikira muka suratnya menjadi 68 muka surat semuanya, dan inilah perbezaan antaranya

( SOLD / Telah Dimaharkan )

Koleksi Peribadi dan Pakaian Azimat peribadi Admin , bukan utk dijual , Koleksi Kitab Istanbul 33 yg tiada ternilai , Kitab Lama dan Tua





















Koleksi Kitab istanbul 33 Wali 9 Asli

Koleksi Pakaian Peribadi Admin dan bukan utk dijual
diperbuat dari Kulit kijang Putih dan berlapik timah dibelakangnya
pada timah terpahat berbagai wafak azimat yg baik
Berkhasiat " Kebal Kulit " telah diuji
Ayat tertulis dengan tinta Emas Hijau 
Saiz amat kecil dan comel serta mudah dibawa
dianggarkan usianya melebihi 200 tahun

Bekas tempat simpannya juga diperbuat dari kulit kijang
apa yg membuatkan ia amat disayangi kerna tertulis Ayat seribu dinar pada bahagian akhirnya
semua sedia maklum apa kegunaan ayat seribu Dinar

Koleksi yg tiada ternilai dgn Wang ringgit
jika sekiranya sudah dimaharkan pasti tiada akan ketemu lg yg seperti ini

ini antara koleksi kesayangan Admin Antik Maniac World

Sekian Wasalam

 " Kitab istanbul 33 muka surat jika dikira dari bucu ia menjadi 16 bucu lipatan , manakala kitab istanbul 33 bucu lipatan jika dikira muka suratnya menjadi 68 muka surat semuanya, dan inilah perbezaan antaranya"

( Not For Sale )