Keris Lama Antik dan amat tua sekali, sekitar Zaman Budho dan Zaman Pertengahan Perjajaran pada Zaman Empu Ki Anjani atau Empu Sembro , dibuat menggunakan kepakaran ilmu picitan jari sakti oleh para Empu, besi digunakan adalah besi budho tua yg amat ampuh sebagai penindih segala jenis keris buatan selepas zamannya, ia juga boleh dikategorikan sebagai Bapa atau Ibu keris dan ampuh sebagai penunduk dan kerezkian atau dlm erti kata lain ( Penarik Rezki atau Duit ) .
Keris ini berkhodam dan amat tua khodamnya, boleh dikira sebagai Otai kepada Khadam juga. Besi jenis ini amat dicari2 oleh peminat Mistik dan Ilmu penarikkan dari Alam Ghaib kerna ia mampu melakukan tujuan Ritual tertentu , dari segi " Power " ia dipandang kehebatannya.
Hulunya dari gading yg amat tua sekali , kemungkinan hulunya sudah banyak kali ditukar, bayangkan zaman dari abad ke 10 hingga abad sekarang bermacam kemungkinan boleh berlaku. Keris ini tidak dicuci kerna ia wasiat dari Warisnya yg telah meninggal dunia . Dilarang utk dicuci hanya dimandikan sahaja sekitar Awal Muharram. Ramai yg seram tgk besinya kerna ia hitam berkilat.
( Keris Besi Budho Tua Abad ke 10 - 12 Masehi )
"Koleksi kesayangan dan telah lama disimpan sejak lebih 10 tahun yg lalu kini dipaparkan kepada Umum !!! "
"Inilah Ibu Keris Besi Budho Tua"