Amalan Pahlawan Dahulu Kala , Ilmu Isim Perisai Badan

Amalan Isim Perisai Badan Org Dahulu Kala yg sy perolehi dari Arwah Bapa saya seorang bekas tentera yg berjuang menentang Kominis.
Arwah bapa saya pernah diacu senapang oleh kominis dihutan tetapi tangan kominis itu kaku dan tak dapat memetik picu senapang, pengakuan itu dibuat kominis tersebut selepas mereka ditawan, Harus yakin dan Tawakkal pada Allah, semua kejadian adalah dgn Izin Allah semata-mata2, jika setiap hari dilakukan secara istiqomah amalan ini maka mustahil Allah tidak makbulkan .... Setiap Permintaan itu dipandang oleh Allah dan dia tahu kehendak Hambanya, Insyaallah

Amalan ini dibaca sebelum mandi pagi sebanyak 3 kali :

Bismilahirrahmanirahim...

Mandi Sum Mandi Allah,
Mandi Aku Izin Allah,
Sa-Patah Dua Urat ku bertampun,
Dua Patah Urat ku tiga bertampun,
Tiga patah urat ku empat bertampun,
Empat Patah Urat ku lima bertampun,
Lima patah urat ku enam bertampun,
Enam patah urat ku tujuh bertampun,
Aku lah Izin Ali Kudrat Aku Kudrat Ali,
Utar2 namanya Jagat ku Daging ku Tembaga Tulang ku Besi,
Pasak Besi Pemasak Besi ,
Besi Diluar Besi Didalam,
Kubur aku memakai putaran Ali,
Kabul Allah Kabul Muhammad,
Kabul Berkat,
Berkata Lailahaillallah

Sebelum Lakukan Amalan Ini Hadiahkan satu Al Fatihah kpd :

-Nabi Muhammad SAW
-Nabi Khidir AS
-Saidina Ali Karamallahu Wajhah
-Sheikh Abdul Qadir Jailani
-Guru yg mengijazahkan samaada hidup atau telah meninggal " Kpd Rohnya "
-Kepada Muslimin dan Muslimat

" Dgn ini sy mengijazahkan kepada sesiapa sahaja yg beragama Islam amalan ini dan gunakan utk tujuan kebaikkan seperti berbakti kepada agama , negara dan bangsa."

Sekian Wasalam