Identiti Kod : AMW/0030/2012 - PSPDKK 0778 - Keris Naga Bugis Dari Holland Belanda











 

Identiti Kod : AMW/0030/2012 - PSPDKK 0778

Keris Naga Bugis Tua Luk 13 , Abad ke 16 yg di tebus dari 
Mr Heinz Rutti , Switzerland

Keris ini di perolehi di Belanda oleh Mr Heinz dan telah disimpan oleh beliau selama berpuluh tahun sehingga ditebus oleh Admin

Dipercayai ini antara keris2 yg telah dibawa lari oleh tentera Belanda 

Menurut Heinz yg amat pakar dlm Seni Senjata Melayu , Keris ini ditempa sekitar Abad ke 16 iaitu pada Zaman Madura Tua Sepuh 

Keris ini Mempunyai pamur yg amat menarik serta bertulang ditengah bilahnya , tulang itu adalah tempaan badan naga yg berhias pamur mata ketitir atau hujan mas dan tersusun sehingga kehujung ekornya seperti umpama sisik naga, amat unik sekali, bilah ini amat tegap keras dan padu

Ciri2 pada keris ini adalah mengikut kaedah jawa dan bilahnya species Bugis termasuk kerawang Bugis, tempaan bilah juga mempunyai lapisan besi mirip kepada bugis dan mempunyai baja ditepinya

Panjang Bilah sekitar 12 Inci dari ganja ke hujung mata 

Pakaian keris dari perak pahat dan lama

Keris ini mempunyai nilai sejarahnya berkaitan penjajahan Belanda di Nusantara  

Nilaian Amat tinggi sekitar Kiasan Harga Sebuah Negeri