Showing posts with label Rahsia Pamur dan Ketandaan. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Pamur dan Ketandaan. Show all posts

Rahsia disebalik keindahan Pamur sesebilah keris


Rahsia Pamur dan Ketandaan serta Khasiatnya

Pamur atau ketandaan pada sesebilah keris atau badik itu memberi maksud Simbolik tentang Rahsia khasiatnya serta kegunaannya

Seperti contoh Pamur Gunungan pada bilah keris bugis luk 7 diatas , ia berkhasiat utk peningkatan darjat hidup , meningkatkan darjat hidup sipemakainya apabila telah cocok ukur sukat badannya , maka simbolik gunungan itu sebagai pamurnya

Rahsia Pamur Keris Org Kaya Pahang Temerloh

Rahsia Pamur dan Ketandaan :

Pamur Gunungan atau Junjung darjat bermaksud peningkatan taraf kehidupan, peningkatan darjat dan pengaruh.

Pamur Air Menitik dan Embun menitik memberi maksud seakan sama iaitu keamanan , sejuk rumahtangga, keamanan sejagat, mudah rezki dan pelembut atau penunduk.

Rahsia Pamur Badik Minang Bugis atau Pisau Rembau Panjang

Rahsia Pamur dan Ketandaan :

Pamur Ganggeng Kanyut bermaksud Rezki melimpah ruah dan Kewibawaan serta pelaris Perniagaan.

Pamur Tapak Gajah atau Ha Khilaf bermaksud Darjat , kewibawaan dan kuasa atau pengaruh, selalu kedapatan pada keris raja atau pembesar istana. Ia juga membawa maksud pemasung musuh dan pengerun musuh.

Lam alif bermaksud pemasung musuh

Alur air bermaksud rezki

Gat pula bermaksud penghalang musuh

Rahsia Pamur Badik Tok Bulat

Rahsia Pamur dan Ketandaan:

Pamur Gigi Yu memberi maksud kewibawaan, pengaruh dan darjat tinggi, Rezki atau pelaris , keamanan , kebiasaan pada keris jika mempunyai pamur gigi yu adalah keris milik raja dan kerabat.

Panah Laksmana memberi maksud ketepatan sasaran dan pengerun musuh, tidak akan jatuh kebumi senjata yg mempunyai panah laksmana selagi belum terkena pada sasarannya.

Lam alif bermaksud pemasung musuh atau pengerun pada musuh juga bermaksud kewibawaan.

Gat bermaksud penghalang musuh, gat didepan bermaksud penghalang musuh dihadapan , gat dibelakang bermaksud penghalang musuh dibelakang.

Gegelang bermaksud pengunci pergerakan musuh juga bermaksud penghalang sebarang niat musuh.