Yasin Tujuh yg diperbuat dari Logam Tembaga Merah
***Syiling dan
Note ini tidak dikeluarkan oleh mana2 pengeluar syiling dan note
didunia, tiada rekod ditemui setakat ini, ianya syiling atau Note
misteri dan mistik yg berkaitan dgn dunia Paranormal dan Alam
Ghaib Sahaja.Bukan utk kegunaan kebiasaan tetapi digunakan
pihak2 tertentu sebagai Azimat atau Pelaris dagangan, serta
digunakan utk tujuan ritual tertentu***
SOLD !!! / Telah Dimaharkan !!!
Minyak Duyong dan Air Mata Duyong Asli utk khasiat pengasihan dan pelaris
Minyak Duyong dan Air Mata Duyong Asli.
Khasiat : Pengasih dan Pelaris
Syiling 10 sen tahun 1972 dari logam nickle campuran emas
Pada Mulanya kami ingatkan ia logam gangsa atau bronze, setelah dibuat kajian rupanya ia campuran emas atau boleh juga dipanggil jenis suasa.
Permata Fairus Iran , bersaiz besar dan sesuai dibuat Kalung
Lihatlah sendiri bentuk saiznya, kualitinya, kecantikkannya.
Permata Turqoise atau Fairus dari Negara Iran, mempunyai lebih dari 5 warna .
Khasiat permata ini ialah penguat pedoman, amat sesuai utk pengembara, penuntut ilmu, berguna dlm perubatan , menghilang rasa gemuruh dan ketakutan dan byk lg khasiatnya.
Salah satu dari pedang milik Rasulullah juga dihiasi permata ini.
Ia dikatakan antara permata tertua di dunia setakat ini mengikut kajian beberapa ahli arkeologi dan permata.
Sekian utk kali ini , Wasalam
Batu Permata Aked Pancawarna yg Mirip kepada bentuk muka bumi
Koleksi Permata Aked Panca Warna yg amat cantik dan indah sekali, Bersaiz besar dan amat sesuai utk dibuat kalung.
Khasiatnya penyejuk dan Pelaris Perniagaan.
Bentuk Permata ini seperti bentuk muka bumi. Terdapat lebih dari 7 warna didalam permata ini.
Nilaian amat tinggi !!!
SOLD !!!
SOLD !!! SOLD !!!
Permata Asli Besi Leleh dari Negara Thai ( Siam )
Permata ini diperolehi dari seorang Bekas Komando yg juga tentera yg bertugas disempadan. Dikatakan sesiapa sahaja di Thailand ketika ini dilarang oleh Polis memakai permata ini kerna dikatakan sipemakai tidak boleh ditembusi Peluru,,,, Wallahua'lam.
Khasiatnya melalui kajian kami merupakan medium Kebal Darurat atau penangkis peluru senjata juga sebarang senjata merbahaya.
Ia antara barang larangan dinegara Thai khususnya bagi penjenayah yg ingin merompak. Cerita ini kami perolehi dari Bekas komando tersebut.
Cincin Misteri seorang penjenayah yg telah mati ditembak
Cincin ini pada asalnya milik seorang penjenayah yg telah mati ditembak. Pada asalnya cincin ini berwarna putih batu permatanya, dikatakan setelah penjenayah itu ditembak maka darahnya telah mengalir kepada permata ini, maka ia mersapi darah penjenayah itu, anehnya permata ini terus bertukar warna menjadi merah seperti darah.
Diperolehi dari seorang kawan, yg juga anggota polis bahagian kongsi gelap di Ibu kota.
Ia terus menjadi misteri !!!
SOLD !!!
SOLD !!!
SOLD !!!
Cincin Ikat Tembaga dgn Permata Fairus Antik milik seorang penjaga Makam Wali di Negeri Sembilan
Cincin lama ini dimiliki oleh seorang penjaga Makam Waliyullah yg amat terkenal di Negeri Sembilan. Penjaga Makam ini telah Arwah dan semasa hayatnya sentiasa berada disisi makam itu.
Menurut apa yg diceritakan, permata ini diperolehi penjaga makam itu melalui kejadian aneh yg menimpanya disuatu malam ketika beribadat ditempat khas disebelah makam waliyullah itu.
Segala khasiat dan ketentuan itu hanya dari Allah jua.
Tiga Biji Batu Jenis Zamrud dari Khazanah Gunung Ledang
Koleksi Permata Mistik / Alam Ghaib yg diperolehi dari Guru Kami, Khazanah Permata Gunung Ledang yg dimiliki Puteri Gunung Ledang.
Khasiat Permata ini menurut Guru Kami adalah 1001 mcm khasiat , mengikut niat sipemakainya.
SOLD !!!
SOLD !!!
SOLD !!!
Hulu Gigi Ikan Jawa Demam Antik dgn Pendokok Perak Celup Emas Lama
Hulu Keris Lama Diperbuat dari Walrus Ivory atau Dipanggil Gigi ikan bermotifkan Jawa Demam Teleng, bertatah Pendokok Lama jenis Logam Perak Celup Emas.
Nilaian Amat Tinggi dipasaran !!!
Keris Penyalang Adat , Minang Seberang berhulu Tanduk tapak kuda
Keris Penyalang Adat atau Keris Panjang Alang Seberang selepas dicuci mata bilahnya. Besinya kelihatan putih berkilat , mata bilahnya amat ringan tetapi besinya padu , apabila hujung mata keris terkena pada lantai simen ia menghasilkan bunyi besi " Tinggg" yg agak lama.
Keris ini juga suatu masa dahulu digunakan utk menghukum org yg bersalah, lazimnya keris ini dipegang Bendahara Raja atau Temenggong.
Ketua Panglima atau Ketua Laksmana juga mempunyai pakaian sebilah keris panjang, seperti Datuk Laksmana Tun Tuah, mempunyai sebilah keris Sisip di pinggang dan sebilah keris Panjang ditangan.
Di Negeri sembilan keris panjang seperti ini Lazimnya dipanggil " Sundang " atau " Sundang Minang ".
Keris Panjang juga menjadi alat kebesaran di Istana, lazimnya digunakan Raja2 melayu sebagai alat menabal seseorang dgn diletak hujung keris panjang pada bahu atau kepala penerima darjat atau anugerah.
Nilaian Amat Tinggi.....
Subscribe to:
Posts (Atom)