Keris Penyalang Adat atau Keris Panjang Alang Seberang selepas dicuci mata bilahnya. Besinya kelihatan putih berkilat , mata bilahnya amat ringan tetapi besinya padu , apabila hujung mata keris terkena pada lantai simen ia menghasilkan bunyi besi " Tinggg" yg agak lama.
Keris ini juga suatu masa dahulu digunakan utk menghukum org yg bersalah, lazimnya keris ini dipegang Bendahara Raja atau Temenggong.
Ketua Panglima atau Ketua Laksmana juga mempunyai pakaian sebilah keris panjang, seperti Datuk Laksmana Tun Tuah, mempunyai sebilah keris Sisip di pinggang dan sebilah keris Panjang ditangan.
Di Negeri sembilan keris panjang seperti ini Lazimnya dipanggil " Sundang " atau " Sundang Minang ".
Keris Panjang juga menjadi alat kebesaran di Istana, lazimnya digunakan Raja2 melayu sebagai alat menabal seseorang dgn diletak hujung keris panjang pada bahu atau kepala penerima darjat atau anugerah.
Nilaian Amat Tinggi.....