Dimanakah Kebenarannya ??? Adakah anda mempercayainya ???

Beberapa  kisah dan tauladan, untuk dikongsi bersama , sebagai petunjuk dan  pedoman kepada mereka2 yg baru hendak berjinak dengan pekerjaan yg  dipanggil ‘ Proses ‘ ataupun ‘ Tarik Duit ‘ yg sering diperkatakan  diwaktu ini .
    Ketahuilah wahai sahabat2 ku, tiada jalan mudah untuk menjadi kaya diatas muka bumi ini, kecuali jika kita s...udah  ditakdirkan lahir didalam kemewahan seperti keturunan Raja atau anak  hartawan yang kaya raya. Justeru itu, setiap usaha yang dilakukan harus  ada pengorbanan ,jarang sekali usaha yg tiada pengorbanan.
     Tetapi pengorbanan itu harus betul dan tepat pada sasarannya, bukannya  pengorbanan yg sia2 dan merugikan diri sendiri, maka kesudahannya diri  sendiri yang merana dan ditimpa malang yang berganda , tidak termasuk  lagi dosa2 yg terselit diantaranya.
Kisah Pertama :
Amin (  nama samaran ) seorang yg berjiwa kental dan suka mengembara, terselit  didada beliau impian untuk menjadi kaya, justeru beliau sanggup merantau  ke indonesia mencari sumber atau dipanggil guru yang boleh melakukan  upacara proses menarik duit dari alam ghaib. Kisah tarik duit ini beliau  perolehi dari cerita2 sahabat2nya… kononnya di indonesia ada guru yg  pandai melakukan ritual tarik duit ini. Beliau merantau ke jawa seperti  diarahkan oleh seseorang maka bermulalah kisahnya.
   Ketika dijawa  , beliau bertemu seorang guru bergelar Pak Raden atau nama timangannya  Raden Wijoyo yg dimaklumi mempunyai ilmu kebatinan yg tinggi. Setelah 3  bulan menuntut ilmu dengan pak raden wijoyo maka tibalah masanya ilmu  harus diuji kemantapannya. Maka amin telah menjalani ujian pertamanya  iaitu ditanam hidup2 selama 44 hari, setelah selesai proses ujian itu,  maka amin dihadiahkan sebilah keris dan sepersalinan pakaian serba  kehitaman sebagai tanda berjaya menjalani peringkat ujian pertama. Keris  yg dihadiahkan oleh pak raden Wijoyo itu diberitakan adalah keris  hikmat serta berkhadam dan mampu berdiri , bergerak atau terbang jika  disuruh oleh tuannya.
    Semasa berguru dgn pak raden Wijoyo,  amin telah menyuarakan hasratnya utk menjadi kaya , beliau mengatakan  wujud nya duit di alam ghaib yg hanya boleh dibawa keluar oleh guru2 yg  mahir. Maka pak raden Wijoyo pun bersetuju utk membantu amin dalam  mencapai impiannya itu. Pada malam jumaat keliwon ketika berada disebuah  puncak gunung , segala kelengkapan telah disediakan, maka pak raden  Wijoyo memulakan upacaranya , ketika itu amin duduk di bawah sebatang  pokok yg rendang sedang menunggu arahan dari gurunya. Maka zikir2  tertentu serta mantera2 pun dibaca. Selang beberapa ketika kedengaran  oleh amin bunyi angin bertiup bercampur bunyi suara halus yg mungkin  disebabkan oleh jin2 yg berada disitu. Ketika berzikir , amin dilarang  membuka matanya sehingga diperintahkan buka maka baru boleh dibuka  matanya. Selang beberapa minit berzikir , maka amin terasa seperti ada  sesuatu yg gugur dgn banyaknya seperti helaian kertas , baunya juga  seperti duit, di teringin utk membuka mata melihat apa sebenarnya yg  jatuh dibahunya dan kepalanya itu. Tetapi syarat perlu dipatuhi, maka  dia akur. Sedang asyik berzikir maka amin terdengar gurunya melonggokan  barang tersebut kedalam sebuah guni. Dia masih belum boleh melihat kerna  belum diberi arahan.
     Setelah selesai gurunya melonggokan  barang2 tersebut , barulah amin dibenarkan membuka mata, alangkah  terkejutnya beliau dihadapannya terdapat 7 karung guni yg sarat dengan  sesuatu, terlintas difikirannya itu adalah duit2 yg gugur tadi. Tetapi  gurunya melarang amin melihat apa yg ada didalam guni itu selama 44 hari  , kerna jika beliau melihatnya maka semua duit2 itu akan menjadi daun2  kering. Amin terpaksa akur dgn kata gurunya. Setelah semua guni2 itu  dibawa turun dari gunung ke tempat tertentu, guni2 itu di simpan disuatu  bilik khas yg di lingkari kain kuning sekelilingnya, tujuannya ialah  utk memeram duit2 itu sehingga tamat tempohnya 44 hari seperti  disyaratkan. Seperti lama rasanya 44 hari itu, tidak tertahan gelora  godaan yg melanda didalam kepala amin. Maka pada hari ketiga , amin  telah curi2 masuk kebilik itu tanpa pengetahuan gurunya. Tujuan amin  ialah utk melihat apa yg ada didalam guni2 itu….
     Amin tidak  dapat menahan gelora nafsunya yg membuak2 utk melihat apa yg ada didalam  guni tersebut, lantas dia telah membuka salah satu dari guni tersebut,  alangkah terkejutnya beliau mendapati ada wang ringgit Malaysia dan  dolar Singapore bercampur didalamnya, amin sungguh gembira . Dia menutup  kembali ikatan guni tersebut. Dalam tempoh menunggu 44 hari itu  bermacam2 angan2 telah dipasang oleh amin didalam kepalanya , hendak  mebeli rumah mewah,,,, kereta mewah….. hendak bercuti keluar Negara dan  sebagainya…. Pendek kata apa sahaja diangankan didalam kepalanya. Amin  terlupa yg dia telah melanggar syarat dari gurunya.
     Setelah  genap 44 hari maka tibalah waktunya utk melihat secara jelas apa yg  terkandung didalam guni tersebut. Maka Pak raden Wijoyo dengan senyuman  telah melakukan satu upacara penutup, pak raden sendiri telah membuka  guni pertama,,,, maka alangkah terkejutnya amin apabila mendapati guni  pertama itu bukan berisi duit, sebaliknya dipenuhi daun2 kering yg telah  mereput….. amin tidak dapat menahan perasaan maka terus dimakinya  gurunya itu, maka gurunya pun bertanya ‘ adakah kamu telah melanggar  syarat  ?.... amin tunduk terdiam dan tidak mampu menjawab…. Amin terus  beredar dengan rasa kecewa bercampur putus asa dan marah…. Malam itu dia  tidak dapat melelapkan matanya , ditanganya terhunus keris pemberian  gurunya…. Amin merasakan dirinya telah ditipu gurunya sendiri…. Kerna ia  seperti satu silap mata pula dirasakanya. Lantas amin bingkas bangun  dan terus mencari gurunya, ketika menemui gurunya amin telah bertengkar  mulut dgn gurunya maka berlaku pergaduhan dan seterusnya pertumpahan  darah……. Inilah kisah dan tauladan pertama utk kali ini. Anda fikirkan  sendiri apa yg tersirat disebalik kisah ini , Sekian wasalam….