Keris Sundang Bugis Luk 11 sudah diperbaiki sepenuhnya dan telah berubah wajah , mahar semakin meningkat naik seimbang dengan rupa bentuknya

SOLD - Telah Dijual

Mahar terbaru utk Keris Sundang Antik ini ialah : RM 8,888 sahaja, Jika terlambat menebusnya maka akan naik lagi maharnya setelah ia diperhiasi dgn pakaian perak atau simpai2 perak yg menambahkan anggunnya lagi.... proses baik pulih dan naik taraf sentiasa dilakukan dari masa ke semasa... sekian wasalam....

Keris Sundang adalah antara senjata melayu nusantara lama yg paling sukar diperolehi, bilangan yg asli lama tidak banyak ditemui setakat ini, ia senjata peperangan dan bertempur bagi pendekar2 bugis dikawasan laut dan darat. Pendekar Bugis sebenarnya bukan Lanun, mereka adalah pendekar2 yg handal dan cekap bermain sundang, permainan silat sebenar menggunakan sundang tidak seperti menggunakan pedang, panggilan lanun itu diletakkan oleh penjajah british dan eropah yg datang ke perairan mereka suatu masa dahulu, mereka pendekar2 bugis mempertahankan tanah air mereka dari dijajah, serangan pendekar2 bugis sering dilakukan dilaut pada kapal2 penjajah.

Lihat perbezaan rupanya dgn yg sebelumnya.... amat berbeza sekali

Mahar : RM 10,000