Sebilah Keris Pelik yg jarang ditemui baru diperolehi, keris ini sebenarnya milik seorang Pahlawan Negara yg diperolehi tidak bersarung dan berhulu (SOLD)


















 

Keris Anak Alang Malela Ganjar Wilut tak berakut 
berpamur Miang Perak

Pelbagai Andaian dibuat oleh Pakar2 keris lama yg saya temui, ada yg mengatakan ini keris Penyalang jenis keris Hukum, ada yg mengatakan ia jenis malela sumatera, ada juga yg mengatakan ini Keris Anak Alang Malela Akut Bisu, dan bermacam2 lagi yg saya dengar, masih tiada jawapan yg memuaskan.

Jika dilihat Pada Mata bilahnya ia mirip kepada keris jenis anak alang potongan diamond, tetapi seakan2 ia seperti berlurah halus maka mirip kepada keris cherita pula, manakala ganjarnya jenis wilut atau ganjar lintah yg mirip pula kepada keris2 malela termasuk jenis besinya, Besi dipangkal tidak sama dgn besi yg di tengah kehujung, bahagian tengah ke hujung mempunyai baja ditepi dan berpamur miang perak halus ditengahnya, kemudian bahagian kuku kambingnya pula atau kambing kacangnya tidak selari , jika diteliti pada kedua belah matanya bahagian kuku kambing itu satu pendek dan satu memanjang.

Bahagian Pangkal tengah pula membuncit dan seolah2 seperti kapit atau tulang bulat, keris ini sepatutnya mempunyai akut atau belalai gajah, tetapi lihat sendiri keadaannya tiada berakut.

Kerisnya panjang, besar dan tegap serta utuh, jika dijentik pada hujungnya mengeluarkan bunyi dentingan seperti loceng, tetapi ia amat ringan sekali, itu bukti ia sebagai keris tua yg amat baik sekali besinya dan buatannya. Wallahua'lam

SOLD / Telah Di Maharkan