Fatwa pengharaman memakai suasa


 

( Koleksi Cincin Milik Admin )


Didalam isu pengharaman memakai cincin suasa bagi lelaki kerna dikatakan ia bercampur dgn emas memerlukan pengkajian yg mendalam sebelum menjatuhkan hukum, kerna ada sbb tertentu penggunaan campuran emas ini.

Emas adalah kandungan logam yg sama seperti logam2 lain juga seperti besi, tembaga dan sebagainya berasal dari dalam perut bumi, setiap logam ini mempunyai kelebihan atau kegunaan masing bergantung kepada keperluannya. Misalnya penggunaan suasa yg digunakan sebagai pengikat batu atau paling popular dikatakan ikat kuku ialah kerana campuran emas dan perak akan menghasilkan logam yg lebih keras berbanding emas itu sendiri atau perak itu sendiri yg mana logam asalnya adalah lembut. Utk keselamatan batu permata selain utk mencantikkan sesuatu cincin maka suasa digunakan kerna logamnya lebih keras berbanding perak atau emas itu sendiri.

Berbagai fatwa dikeluarkan yg ada mengatakan ia haram dan ada yg mengatakan ia makruh dipakai kaum lelaki. Justeru kita harus faham tentang apa kegunaan logam2 ini kerna baik emas atau pun perak ia bukanlah sejenis bahan yg boleh dianggap sebagai najis. Jika emas itu najis nescaya org perempuan juga haram memakainya apalagi ketika solat.

Tidak ada dlm hukum agama mengatakan syarat2 yg membatalkan solat seseorang itu akibat dari pemakaian emas walaupun hukumnya haram dipakai, jadi solatnya dianggap sah walaupun hukum memakai cincin suasa itu haram atau makruh.