Badik2 Tumbuk Lada dlm Koleksi Kesayangan



Badik Tumbuk Lada Berpamur Miang Perak dan Besi Putih Sumatera, Pusaka Milik Tok Rimau seorang Guru Silat di Abad ke 17 dan 18 di Daerah Kuala Pilah






 

Foto yg dibawah sekali ini adalah foto paling terbaru setelah barang ini direpair gegelang perak dan simpainya diketatkan

Peraknya juga telah dikilatkan

Badik Tumbuk Lada jenis sebegini amat sukar sekali ditemui, hampir setiap daerah di negeri sembilan hanya ditemui beberapa bilah sahaja 

Species yg jarang ditemui dan amat tinggi nilainya

Satu Keasyikkan yg tiada kesudahan, suatu nikmat jika memiliki keris yg berdarjat tinggi dan dikategorikan Gred A









 

Tiada ternilai dgn kata2, hanya jauhari mengenal manikam

Keris Pandai Saras Tua lebih 100 tahun, berpamur bulu rusa dan besi putih yg amat ringan , tetapi mata bilahnya amat keras dan padu













 

Keris Pandai Saras Tua berusia lebih 100 tahun
Diperolehi dlm keadaan karat yg amat tebal dan telah dibersihkan, 85 persen telah bersih
berpamur bulu rusa halus dan besi putih lembut gebu
Pusaka org kedah yg telah ditebus
Dikatakan milik pembesar istana

Keris Malela Bugis berpamur luk 5 tiada berakut , dipenuhi pamur miang perak meteorite, berhulu gading patah tiga bugis


Keris Selit / Sisip Luk 15 , Jarang2 ditemui , Keris Lama Pusaka Wali dari Kedah , Berpamur bari semut dan meteorite






 

Jarang-jarang ditemui keris melayu sisip berluk 15, terlalu amat banyak luknya jika dibanding dgn ukurannya sebagai keris sisip

Berpamor Bari semut meteorite dgn khasiat utk pelaris perniagaan

Keris Jawa Bali/Cirebon pamor Udan Mas Luk 9 , Keris Tua