Upload Terbaru : 03 May 2012 , Keris Melayu Semenanjung Luk 11 berusia 300 tahun keatas







 

As Salam , ini adalah paparan terbaru dari Kami di Antique Maniac, Sebilah keris Melayu Semenanjung luk 11 yg masih dalam wajah asalnya berkarat yg amat tebal sekali, memerlukan rendaman cucian yg lama utk menanggalkan karatnya, keris ini secara fizikalnya masih utuh dan tegap serta tidak cacat.

Mata bilahnya tebal dan padu sekali, berpamur yg menarik sekali jika dicuci.

kami berpendapat bilah ini tidak perlu dicuci dahulu memandangkan amanat tuan barangnya dan beberapa kisah misteri berkaitan keris ini, dikatakan oleh tuan asalnya seorang guru agama kampung bahawa keris ini berasal dari dunia bunian , hanya mata bilah diperolehi.

Kami akan menghiasnya dgn pakaian yg indah , nantikan upload diakan datang insyaallah.

Sekian wasalam