Badai Mencak Kelambit - Versi Ninja Melayu didikkan Laksamana Tun Tuah

 

Asal Usul " Badai Mencak Kelambit "

Mengikut Hikayat Hang Tuah, ketika Dato Laksamana menjadi duta daripada Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, beliau telah bertembung dengan sekumpulan ninja bertaraf shinobi dari Jepun. 
Mereka ini berhajat untuk merampas kuasa daripada Raja Siam.

Dalam keadaan kucar-kacir ini Hang Tuah telah membantu Raja Siam menumpaskan shinobi-shinobi itu. Semua terbunuh kecuali satu. Semasa ninja yang terselamat itu hendak membunuh diri secara hara-kiri, Dato Laksamana telah memujuk beliau supaya tidak mensia-siakan hidupnya. Kemudian mengikut Hang Tuah serta memeluk Islam dan memakai nama Adi Golok. Beliau selepas beberapa lama telah berpindah dan menetap di Perak.

Ramai yang mengatakan ilmu ninja Melayu bermula dengan Adi Golok. Tetapi sebenarnya ilmu halimunan ini telah lama bertapak di nusantara. Jika kita memegang pada Hikayat Hang Tuah. Sila rujuk pertembungan Hang tuah dengan penjurit-penjurit Jawa.

Badai Mencak Kelambit - Versi Ninja Melayu

Ruj :  http://salampenjuritan.blogspot.com/2009/11/ninja-melayu-dabat-ke-3.html

        http://1.bp.blogspot.com/_EUt4twpOA7o/SFdTRGo34hI/AAAAAAAAARY/VD2ryaUaeO8/s400/Untitled-3.gif