Haji Mat Hassan (Tok Janggut)
 
HAJI Mat Hassan Bin Panglima Munas atau nama yang dipanggil British sebagai TOK JANGGUT merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid da
HAJI Mat Hassan Bin Panglima Munas atau nama yang dipanggil British sebagai TOK JANGGUT merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid da
lam
 perjuangan mempertahankan kedaulatan Islam. Gelaran HAJI ketika itu 
dikenali sebagai satu fenomena! Fenomena Haji AMAT DITAKUTI oleh 
penjajah sehingga memaksa seorang orientalis yang tersohor, Dr. 
Christian Snouck Hugronje menjalankan satu penyelidikan khusus bagi 
mendalami amalan agama dan adat budaya masyarakat setempat(Acheh) ketika
 itu semasa Belanda menakluk Indonesia. Nama Tok Janggut ini sengaja 
dipopularkan berbanding dengan nama asal beliau kerana ia adalah SATU 
STRATEGI BRITISH untuk menenggelamkan atau menyembunyikan unsur-unsur 
jihad yang diperjuangkan oleh Tuan Haji.
Beliau mendapat 
pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909,
 British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula 
membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan 
yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan 
tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah 
mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok 
buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen
 sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh,
 Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai 
tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan
 raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan 
pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) 
enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang 
diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib 
untuk menangkap Haji Mat Hassan pada 29 April 1915. Dalam satu 
pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh beliau lalu 
terbunuh, beliau telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir 
Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. 
Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke 
Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 
di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Haji Mat 
Hassan menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa 
terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada 
masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Haji Mat Hassan sebagai 
seorang penderhak. Pada hal Haji Mat Hassan bangkit menentang atau 
melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di
 seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih. Dalam pertempuran di Kampung 
Pupuh, Haji Mat Hassan telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat 
Haji Mat Hassan dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan 
masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala
 di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian 
mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus 
dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke
 Pasir Pekan untuk dikebumikan. Al-Fatihah.
# Foto bawah :  keris yang didakwanya milik Tok Janggut, pejuang terbilang yang bangkit menentang penjajah di daerah ini.

