Isim Perisai Badan , Amalan Panglima Dato Siamang Gagap Seri Menanti
Peringatan : Amalan ini perlu dan Wajib pada 
Ijazah Guru , sekiranya ingin mengamalkannya perlu berguru dan wajib 
diberi Ijazah terlebih dahulu , Barangsiapa yg mengamalkannya tanpa 
berguru jika seandainya terjadi apa2 seperti getaran kelabu misik atau 
Gila Isim maka tiada kaitan dgn kami kerna peringatan telah diberikan 
dan kami berlepas tangan .
 Amalan ini adalah diperturun melalui Guru2 lama dan ia amalan Warisan Panglima Dato Siamang Gagap “ Kahar Bin Mukmin “ Seri Menanti 
 
 Tawar Apung Isim Perisai Badan dan Serapah Kuat serta Kebal badan :
 
 Bismillah … Minhun Mukarrabin , 
 Biram Batu Telaga Zaitun Minallah kebesaran bagi ku bangkitkan Allah Sernanting Jantan , 
 Aku duduk dalam Insan Qamarullah , 
 Digudam tiada pecah , 
 Direndam tiada basah , 
 Dibakar tiada Hangus , 
 Ditikam tiada Murus , 
 Kuat Kebal dalam sendi selerang tubuh aku , 
 Tumbuhkan insan dalam insan besi Melela ditubuh aku , 
 Besi Kursani bernama besi , 
 Hai Besi kursani bangunlah engkau dalam empat kedudukkan dalam sendi selerang tubuh aku , 
 Berkat aku memakai kuat serta kebal , Berkat kata “ Laa ilahaillah “ … 
 
 Bismillah … Basiyun Nafiyun , 
 Mula2 asalnya Besi Embun menjadi buih , 
 Buih menjadi batu , 
 Batu menjadi Batu Kersani yg keras sekali , 
 Aku minta kepada Allah 
 Haram aku dimakan besi , 
 Tolak aku dimakan besi , 
 Haram aku dimakan batu , 
 Tolak aku dimakan batu , 
 Haram aku dimakan kayu , 
 Tolak aku dimakan kayu , 
 Bismillah … Bismi Muhammad Sayid baginda Rasulullah , 
 Batu Hamparan putih tegak berdiri dikiri kanan ku menahan berat serta ringan seperti pelampung , 
 Ringan seperti kapas , 
 Pelampung memalu kapas , 
 Kapas memalu angin , 
 Angin memalu tubuh aku , 
 Berkat aku memakai kuat serta kebal , berkat kata “ Laa ilahaillah Hu “  …
 
 Tawar Mandi Qudrah :
 
 Mandi Tsum Mandi Allah , Mandi ku izin Allah , Se Patah Dua Urat ku 
bersambung ( bertampun ) , Dua Patah tiga uratku bersambung , tiga patah
 empat uratku bersambung , empat patah lima uratku bersambung , lima 
patah enam uratku bersambung , enam patah tujuh uratku bersambung , 
Akulah izin Ali , Qudrat ku Qudrat Ali , Utar2 Nama Jaghatku Daging ku 
Tembaga Tulangku besi , Pasak Besi pemasak besi  , Besi diluar besi 
didalam , Kabul aku memakai putaran Ali , Kabul berkat berkata Laa 
ilahaillah …
 
 # Amalan ini memerlukan keyakinan yg tinggi kerna 
setiap org yg telah mengambil ijazah perlu diuji dgn senjata tajam , 
kayu tajam atau kayu keras , Batu pembeduk yg besar keatas badannya utk 
menguji keampuhan Ilmu tersebut , Harap Maklum 
 
 Sekian , Wrote By Dpzi Antique 
 Hakcipta terpelihara Laksmana Ajie 
 " Badai Mencak Kelambit Biru "