
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2  perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama  seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2  perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi  kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak  perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat &  saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah  satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul!  bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan  kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun  seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak  tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm  neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal  keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya?  Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah  hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh  ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya  mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran  Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai  lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn  ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat  kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak  menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang  anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi  Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan  sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di  akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s;  Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika  tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr  melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika  tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah  diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar  ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah  S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api  neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!