Syiling 50 sen tahun 1976 yg bersejarah

Salam, kali ini saya paparkan kisah atau cerita sebenar , dan boleh juga dikatakan sejarah sebenar duit syiling 50 sen tahun 1976 ini.

Syiling ini telah ditemui 5 tahun yg lalu dari seorang pengamal perubatan atau dukun di sebuah kampung. Menurut dukun tersebut syiling ini pernah digunakan sebanyak 5 kali dalam upacara " Proses " atau tarik duit juga upacara menarik harta karun , kata dukun terbabit syiling ini asalnya kosong , tetapi telah ditapa atau dikodikan oleh seorang sami ditanah jawa. Bermaksud syiling ini telah diisi khodam tertentu dan dikhaskan sebagai ibu duit pada asalnya, menurut kata dukun itu lagi setakat ini cuma 2 kali upacara " Tarik " sahaja yg berjaya dan salah satunya mendapat 2 ketul emas lama, dukun itu juga mengatakan yg syiling ini telah 10 tahun dipegang oleh beliau dan telah diuji khodamnya memang ampuh,.

Apa pun yg diceritakan oleh Dukun tersebut jelas membuktikan bahawa syiling ini telah diisi dgn khodam di salah sebuah kuil di Tanah Jawa, dan syiling ini mempunyai khodam penjaganya, bukan tahun yg menjadi ukurannya, jika ia syiling 50 sen bertahun 1976 sekalipun tetapi kosong dan tidak ada isi , maka tiada juga gunanya, sama seperti syiling2 biasa juga.

Jadi kepada yg sering memburu syiling 50 sen tahun 1976 ini, bukan semuanya yg berkhodam atau ada isi, ia harus diketahui asal usul dan sejarahnya.

Harap tiada yg bertanya pada saya samaada hendak menjual syiling ini, kerna saya tidak menjualnya setelah mengetahui sejarahnya. Sekadar Koleksi Peribadi.

Sekian ///

" NOT FOR SALE "
" NOT FOR SALE "
" NOT FOR SALE "
" NOT FOR SALE "
" NOT FOR SALE "

Perhatian :

***Syiling dan Note ini tidak dikeluarkan oleh mana2 pengeluar syiling dan note didunia, tiada rekod ditemui setakat ini, ianya syiling atau Note misteri dan mistik yg berkaitan dgn dunia Paranormal dan Alam Ghaib Sahaja.Bukan utk kegunaan kebiasaan tetapi digunakan pihak2 tertentu sebagai Azimat atau Pelaris dagangan, serta digunakan utk tujuan ritual tertentu***