Pesanan kepada peminat barang mistik dan Wang/Coin Misteri ( unissued )

Salam, sejahtera

Disini kami bagi pihak Antiquemaniacworld ingin memberi pesanan dan ingatan kepada peminat barang2 mistik dan wang/coin misteri ( unissued ) bahawa segala hal berkaitan barang2 tersebut telah pun dimaklumkan sebelum ini dan masih ada terdapat di bahagian tepi blog ini .

Walaubagaimanapun masih ada yg tidak faham dgn apa yg diterangkan seperti contoh , barangan mistik yg selalu dicari peminat barang mistik 10 sen tahun 1972 dan 50 sen tahun 76 tepi belah, Kami telah menerangkan secara detail yg item ini adalah " Unissued " atau " tiada dikeluarkan oleh BNM " ... akan tetapi masih ramai yg bertanya dan ingin membelinya serta mencarinya samada utk tujuan " Tarik Duit " , perubatan atau sebagai Koleksi Peribadi , Kami di Antique Maniac World hanya memberi pendedahan kepada Umum tentang Kajian yg telah kami lakukan sebelum ini , kesemuanya kami telah terangkan disudut bahagian tepi blog ini , Jadi kepada yg ( Taksub ) atau masih mencari item tersebut sila baca dahulu penerangan yg telah kami berikan sebelum anda ingin menebusnya dari kami atau melalui seseorang yg kami rekmenkan kerana kami tidak mahu ada sesuatu kemusykilan atau " Cerita2 yg kurang enak " yg akan muncul dikemudian hari atas sbb kelalaian sendiri yg tidak mahu membaca terlebih dahulu akan silsilah , kisah atau kewujudan sesuatu barangan mistik itu.

Harus diingat , bahawa barangan yg dikategorikan sebagai barangan Mistik adalah tidak sama dgn barangan item kebiasaan ( Yg tidak Mistik ) , ianya adalah terhad dan kewujudannya dianggap misteri serta mempunyai kegunaan tertentu bg yg memahaminya dan sudah pasti bukan semua org yg memahaminya , kerna yg tidak faham akan membuat andaian sesuka hati tanpa memikirkan bahawa pengetahuannya dlm dunia mistik masih cetek dan mungkin tak tahu langsung .

Kewujudan Item mistik di dunia maya ini sekaligus memberikan tamparan hebat kepada yg berfikiran secara logik akal, kerna itu tidak harus mencampuri urusan yg anda sendiri tidak ketahuinya.

Setiap Kajian yg kami lakukan bukan wujud secara tiba2 , ianya berpunca dari kewujudan barang2 misteri yg senantiasa dicari org sedangkan telah disahkan ianya tiada wujud, persoalannya mana mungkin sesuatu itu tidak wujud sedangkan beribu manusia mencarinya .... Fikirkan dan renungkan...

" Kenapa mencari sesuatu yg telah disahkan tiada wujud secara Umum , sebagai contoh tiada dikeluarkan atau dicetak , tetapi masih mencarinya , Adakah mungkin org mencari sesuatu yg tiada wujud ? Jika ia tiada wujud kenapa pula ia dicari ? "

Item itu kami paparkan setelah kami menemuinya, dan kami juga membuat kajian tentangnya , maklumat yg kami salurkan juga adalah berdasarkan kajian yg telah kami lakukan 

Jika item itu disahkan sebagai tiada keluaran atau Unissued , maka kami tetap memberitahu akan kebenarannya , jika item itu mempunyai kisah2 misteri maka kami juga akan paparkan kisahnya melalui kajian kami terhadap pemilik asal item tersebut atau melalui info2 dari org perseorangan yg mahir dgn item mistik 

Walaupun kami telah paparkan didada Blog kami yg item itu tiada dikeluarkan atau Unissued tetapi tetap masih ramai yg mencarinya kerna masing2 mempunyai hujah tersendiri , ada yg mengatakan ia dikeluarkan tetapi tiada disenarai dan sebagainya maka itu pendapat masing2 yg kami hormati.

Misteri atau Mistik bermaksud sesuatu yg Pelik , Aneh , tidak masuk akal , tidak logik , tiada dapat dihurai dgn akal , menjadi tanda tanya dan sebagainya yg berkaitan sedangkan ianya Betul dan Wujud.

 Baca Kisah ini .....

 Asal usul perkataan Khurafat .....

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu keluarganya bertemu dengan Nabi s.a.w menceritakan kehilangan Khurafah.
Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya. Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.
Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya."
Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.
Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi s.a.w, maka ramai sahabat mempertikaikannya. Maka Nabi s.a.w menyebut (maksudnya), "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul."

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Tetapi asalnya adalah cerita benar orang yang bernama Khurafah.


 "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul." - Al Hadis

Oleh itu jangan memandai2 sesuatu yg anda tiada pandai dlm bidangnya kerna kelak mungkin anda akan ditertawakan oleh yg ahlinya, bukan bermaksud kami pandai tetapi sekurang2nya kami ada membuat kajian berdasarkan Bukti2 wujud sesuatu misteri yg kami temui.

Sekian , Wasalam
Admin