Lembing bilah Unik , telah dirujuk dgn lebih dari 3 pakar senjata lama dan org lama dlm ilmu persenjataan , maka kata mereka " Kami belum pernah lg menemui bilah lembing / Tombak sedemikian " , Sungguh aneh sekali



Mengikut pada pemahaman kami bahawa bilah lembing ini berasal dari semenanjung tanah melayu dan bukan dari seberang atas sbb2 berikut :

Pertama - Mar lembing ini bukan jenis Mar tumpang
Kedua - Putingnya adalah puting semenanjung dan bukan puting jawa yg dari jenis panjang yg amat

Bilah ini telah dicuci dan hasilnya amat menakjubkan , terdapat miang perak halus yg menarik serta terdapat ketandaan besi selit dipangkalnya membentuk huruf " Lam Alif "

Pada awal kami memegang Lembing ini juga seperti ada rasa kelainan

Lembing ini berperwatakan pengerun yg amat kuat

Lembing ini juga memberi keamanan dlm persatuan

Lembing ini juga mempunyai khodam yg datang memberi salam kepada Admin pada malam pertama ia dibawa pulang , memberi tanda bahawa ia sudah berpindah ketempat baru

Amat menakjubkan sekali pengalaman ini
Sekian

( SOLD - Telah Dimaharkan )