Badik Minang Bugis Sumatera ( Pisau Rembau Panjang )
Badik berusia hampir 300 tahun dan ditemui dahulunya disebuah rumah tinggal yg hampir runtuh oleh warisnya di sekitar daerah minang diNegeri Sembilan.
Pemilik Asalnya adalah Org yg berpengaruh antara suku2 puak Minang dan Bersuku waris Darah Raja dari Sumatera.
Badik ini adalah Pusaka Org Minang dan selayaknya dipegang oleh Org yg berketurunan Minang Sahaja.
Mempunyai Saka asal dari Sumatera dipercayai Harimau Penjaga atau dipanggil Harimau Datuk oleh sesetengah Org dan Badik ini adalah sebagai akuannya, Sifat2 saka adalah Garang dan Bengis sesuai tugasnya sebagai penjaga kepada Rumahtangga dan tanaman.
Badik ini bercirikan Hulu Buah Kerdas, dgn bentuk sarung bugis minang campuran, buntut bujur sangkar adalah motif Bugis. Mata bilahnya berpamur Ganggeng Kanyut berkhasiat penyejukkan rumah tangga , pelaris dan Rezki Melimpah Ruah , berketandaan Batu lapak atau tapak gajah dipangkalnya berkhasiat kewibawaan dan Darjat juga pengerun musuh , mempunyai ketandaan huruf Lam Alif dgn Khasiat Pemasung Musuh atau Pengerun Musuh.
Panjang Mata Bilah : 12 inci
Panjang Keseluruhan : 16 inci setengah
Lebar Mata Bilah : 1 inci
Awas !!! Badik ini mempunyai Saka Harimau Minang dari Sumatera