Berita Mistik Sensasi Terkini !!!

SUNGAI  SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut  apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak  dua hari lalu.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang  hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam  Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak,  Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.
Kejadian ...‘hujan  duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan  penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh  dari langit.
Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian  disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S  Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.
 Menurutnya, dia kemudian keluar ke pekarangan rumah sebelum melihat  beberapa keping duit syiling bertaburan di permukaan jalan dan lantai  tempat letak keretanya.