SOLD

SOLD ... Sudah dimaharkan

Salam Sejahtera, disini saya paparkan beberapa Foto saya berkenaan Hulu Gigi Ikan atau Walrus Ivory yg juga dikenali sebagai Gading Gajah Laut, bukan gajah darat.

Perbezaan antara Hulu Gading Gajah Biasa dgn Gading gajah laut boleh dilihat pada Urat bintik2 halus yg melingkari hulu tersebut dari bawah hingga keatas hulu, ia bukan kesan rekahan tetapi urat pada gading itu.

Gading gajah kebiasaan berwarna putih kekuningan, manakala walrus ivory kebiasaannya berwarna putih merah kekuningan bercampur coklat.

Jisimnya juga berbeza, hulu gading gajah lama biasanya ringan dan padu manakala hulu walrus ivory kebiasaannya berat seperti batu, amat keras dan padu.

Jarang sekali ditemui Hulu walrus Ivory yg baru kerana amat sukar sekali dizaman sekarang hendak mendapatkan gadingnya, binatang ini juga semakin hampir pupus.

Hulu Walrus Ivory biasanya lebih mahal berbanding Hulu Gading Gajah Biasa, dikatakan hanya org2 hebat yg merantau jauh sahaja pada zaman dahulu, merentasi lautan hingga ke kawasan Binatang2 walrus ini duduki utk mendapatkan gadingnya.

Anda bolehlah membuat kajian dimanakah terdapatnya binatang walrus ini.... jadi amat sukar mendapatkan gadingnya.

Valuenya amat tinggi dipasaran !!!

Sekian Waslam

SOLD !!! Sudah dijual